Monday, 19 October 2015

PAS Bakal Hapuskan Lafaz Taklik?!

PAS tidak menolak kemungkinan akan memansuhkan penggunaan lafaz taklik cerai talak tiga ke atas isteri yang dikenakan kepada wakil rakyat di Kelantan pada pilihan raya umum (PRU) akan datang, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Bagaimanapun, beliau berkata keputusan itu bergantung kepada pertimbangan yang akan dibuat dengan melihat keadaan semasa parti itu di Kelantan.

"Taklik ini khusus untuk (wakil rakyat) Kelantan, ia diperkenalkan apabila pada 1995, ketika PAS bersama Semangat 46. Waktu itu kita hanya tinggal satu kerusi lebih (dan) terdapat usaha pihak lawan untuk membeli wakil-wakil rakyat melalui politik wang.

"Kelantan negeri kita memerintah, kita lihat ia sudah kukuh, wakil rakyat kita pun sudah istiqamah, calon-calon kita pun sudah bermutu dan bernilai berbanding dahulu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan penutup Ijtimak Ulama Nusantara 2015 di sini Ahad malam.


Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau negeri, Datuk Nasaruddin Daud.

Abdul Hadi bagaimanapun berkata sumpah bai'ah yang menjadi teras perjuangan parti itu akan dikekalkan dan diteruskan dalam PRU akan datang. - sumber

PAS hari ini bukan sahaja berdepan dengan UMNO/BN akan tetapi PAS terpaksa mengharungi jalan perjuangan parti yang jauh lebih getir lantaran belaku pepecahan besar yang mana wujudnya pecahan PAS didalam Parti Amanah Negara (PAN) yang kini dilihat lebih bersungguh menghancurkan PAS dari akar umbi dan proksinya.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
PAS Bakal Hapuskan Lafaz Taklik?! Daeng Selili Rating: 5 Monday, 19 October 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!