Sunday, 4 October 2015

#MyVOC SKuad Pacuan Empat Roda Daerah Bera Ditubuhkan

Banjir besar yang berlaku tahun lepas di Daerah ini telah menjadi satu pengajaran berguna buat penggiat 4×4 dalam kawasan Bera dimana pelbagai langkah dan persediaan telah disusun bagi menghadapi gelombang banjir yang tidak boleh dijangka tahun ini.


Sedar tentang bencana yang mungkin berulang, Majlis Belia Malaysia (MBM) dengan sokongan penggiat 4×4 Bera telah bersepakat menubuhkan skuad MyVOC 4×4 Bera bagi menghadapi bencana banjir dengan lebih tersusun dan teratur.

Melihat akan kegilaaan ramai anak muda menggunakan kenderaan Pacuan empat roda didalam Daerah ini, Majlis Belia Daerah tampil kehadapan dengan mengumpul kesemua pemilik kenderaan ini dalam Kursus Pemanduan Asas Kenderaan 4×4 di tapak perkhemahan Air Terjun Terapai.


Program berkenaan telah dirasmikan oleh YB Norol Azali Sulaiman ADUN Guai merangkap EXCO Kerajaan Negeri Pahang di Kompleks Rakan Muda Bera semalam.



Turut dirasmikan ialah lebih 60 Sukarelawan Myvoc 4X4 Bera dimana kemahiran mereka dalam penggunaan kenderaan 4×4 ini amat ditagih dalam menjayakan misi-misi tertentu termasuklah penghantaran bekalan makanan serta misi menyelamat ketika musim banjir.

“Kita kena belajar dari situasi banjir tahun lepas yang melanda daerah ini. Alhamdulillah program hari ini membuktikan kita sudah belajar dan akan lebih bersedia menghadapi banjir pada kali ini,”kata YB Norol Azali Sulaiman.

Selain kurus pemanduan asas, Sukarelawan Myvoc 4X4 Bera yang dipimpin saudara saudara Othman Man akan turut menjalani latihan pengunaan radio amatur dimana penggunaan alatan berkenaan amat penting ketika bencana khususnya Banjir.

Majlis turut diserikan dengan tayangan video keadaan banjir tahun lepas di daerah Bera dan penyampaian sijil penghargaan kepada sukarelawan yang terlibat dengan bantuan kemanusiaan banjir tahun lepas.


Turut hadir di majlis berkenaan Tuan Zaidi Abd Aziz, Timbalan Presiden Majlis Belia Malaysia.










#MyVOC SKuad Pacuan Empat Roda Daerah Bera Ditubuhkan Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 4 October 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!