Monday, 12 October 2015

Muhyiddin Beri Contoh Tidak Baik!

Sebelum ini desas desus pelucutan beliau dari jawatan Timbalan Presiden UMNO dimainkan oleh kumpulan tidak berpuas hati dengan pemecatan jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia memupuk rasa marah sebilangan penyokong UMNO itu sendiri kepada presiden parti akan tetapi tidak ada pemecatan dari tuan Presiden UMNO YB DS Najib Razak sedangkan tindakkan bekas TPM itu jelas tidak menunjukkan satu moral yang baik untuk UMNO sendiri. 


Ingat dengan berbekalkan 'muka sekupang' tu boleh terus mendapat belas ehsan para pendokong parti? Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini dilihat jelas mensabotaj parti. Pertama sekali aku perasan sewaktu kempen di Sungai Limau Kedah. Ada ke dia guna modal "potong kaki" dalam masa berkempen sedangkan beliau tahu penyakit kencing manis yang dideritai allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak (bekas ADUN Sg. Lima) hingga membawa kepada kematian allahyarham.

Beliau dalam kancah pergeseran pendapat bersama Tun Mahathir tidak sewajarnya memilih jalan kiri dengan membelakangkan Presiden parti dan bercakap konon kononnya untuk rakyat sedangkan jelas 1MDB adalah untuk rakyat bukannya individu.

Beliau sebagai orang No.2 Parti UMNO sepatutnya fahami dan jelas dengan hala tuju tuan Presiden sendiri tanpa soal, sedangkan ketika pemerintahan Tun M sebelum ini siapa menentang nescaya direnyukkan dalam bakul sampah.


Lebih sungguh memalukan bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir boleh buat sidang media pertahankan pengkhianat negara, Khairuddin dan Mathias yg cuba nak jual dan lacurkan Malaysia.

Jangan uji kesabaran Presiden UMNO. Beliau boleh buat apa sahaja tetapi muka sekupang Tan Sri Muhyiddin Yassin sikit lagi jadi 3 suku.


Geng yang baru diberi nama 'Gabungan Kecewa 423' mengambil kira sempena umur² mereka yang terlibat dalam sidang media di Yayasan Perdana, Putrajaya pagi ini. Mereka terdiri daripada Tun Dr Mahathir Mohamed (90), TS Muhyiddin Yassin (68), Tengku Razaleigh Hamzah (78), TS Sanusi Junid (72), DS Shafie Afdal (57) dan DS Ong Tee Kiat (58) menjadikan jumlah keseluruhan umur 'Gabungan Kecewa' adalah 423 tahun.

Mari baca sini : 

*Jarang aku tulis pasal mamat sembam ine...
















للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Muhyiddin Beri Contoh Tidak Baik! Daeng Selili Rating: 5 Monday, 12 October 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!