Thursday, 29 October 2015

Kerajaan Kaji Haramkan Rokok Elektronik 'Vape'

Putrajaya tetap dengan pendiriannya untuk mengharamkan penggunaan 'vape' atau rokok elektronik, atas faktor ia membahayakan kesihatan, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam hari ini.

Beliau berkata, langkah meminda dan menggubal undang-undang berkaitan penggunaan rokok elektronik itu, yang kini menjadi 'trend' di negara ini, sudah mula dilaksanakan.

"Pelan jangka masa panjang kita adalah mengharamkan vape. Kita sedang giat menjalankan usaha tersebut, melalui terma-terma perundangan, untuk melaksanakannya.

"Kita akan mengkaji beberapa pendekatan, kita akan pilih yang terbaik. Bagi saya, saya mahu ia dilaksanakan secepat mungkin kerana kita perlu menghentikan penggunaannya sebelum ia menjadi isu besar," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.



Penggunaan vape yang menular di kalangan rakyat Malaysia mula menyaksikan perniagaan itu berkembang sejak beberapa tahun mutakhir ini.

Industri rokok elektronik bermula di negara ini sekitar 2009, apabila rokok elektronik pertama diperkenalkan, namun ia tidak mempunyai sebarang perisa.

Evolusi vape kemudian semakin rancak apabila ia mempunyai pelbagai perisa dan kos penyelenggaraannya murah, dan Malaysia menjadi antara negara yang mempunyai pengguna paling ramai.


Kebimbangan mula timbul apabila kanak-kanak dan pelajar sekolah di bawah umur juga turut terjebak dalam kegilaan 'vape', sementara pelbagai perisa yang tidak diketahui asal-usul dan tahap keselamatannya, mula muncul di pasaran. – 28 Oktober, 2015.

Kerajaan Kaji Haramkan Rokok Elektronik 'Vape' Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 29 October 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!