Friday, 9 October 2015

Fahmi Zainol Ditaja DAP?!

Presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM), Fahmi Zainol menafikan pergerakannya ditaja mana-mana parti politik di negara ini.

Menurutnya, pergerakan dari satu universiti ke universiti yang lain adalah atas dana orang ramai serta rakan-rakannya.

“Sekarang ini dipihak saya sendiri, kalau lihat sendiri akaun Facebook, saya minta derma daripada masyarakat luar. Sejujurnya, saya minta derma, saya tidak ada duit,” katanya kepada Sinar Harian Online dalam satu temubual, semalam. Fahmi menegaskan, beliau mendapat sokongan rakan-rakan termasuk dari Singapura.

“Saya dapat dana daripada rakan-rakan di Singapura yang bekerja, rakan daripada PMUM sendiri beri duit. Itu rakan-rakan mahasiswa. Tak ada kata ditaja daripada parti politik. Tak ada.

“Secara jujurnya memang tidak ada. Semua daripada masyarakat bawahan,” katanya.

Ahad lalu, Fahmi bersama beberapa mahasiswa lain telah dibawa ke balai polis dan diambil keterangan ketika cuba berpidato di Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan pasar Gaya Street.


Sebelum ini, Fahmi menarik perhatian umum apabila membawa Ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke UM bagi mengadakan pidato.- SINAR 12 NOVEMBER 2014

Lain pula sekarang bila mana admin menerima dari pesanan ringkas Whatapps dimana beliau secara PERCUMA mendapat tajaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang terang terangan adalah dari DAP.
 


Lepas ini dorang boleh guna "qoute" derma ha ha ha ha...


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Fahmi Zainol Ditaja DAP?! Daeng Selili Rating: 5 Friday, 9 October 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!