Monday, 19 October 2015

"Dendam DAP Pada PAS Tidak Pernah Padam" - Mustafa Ali

PAS menolak cadangan pembahagian kerusi yang dicadangkan bekas rakan sekutunya dalam pakatan pembangkang, DAP, untuk Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) nanti.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan parti itu akan bertanding di seluruh negara, malah akan menambah jumlah kerusi yang akan ditandinginya.

"Kita parti peringkat nasional dan kita bertanding di seluruh negara... belum ada DAP kita dah bertanding (pada pilihan raya umum). Kita bukan parti kenegerian dan parti perkauman," katanya kepada pemberita selepas menghadiri Himpunan Fastaqim (Himpunan Kebangkitan) di Stadium Sultan Muhammad ke-IV di Kota Baru, malam tadi.

Beliau mengulas mengenai cadangan DAP sebelum ini yang mengemukakan formula pengagihan kerusi dalam kalangan parti pembangkang bagi mengelak pertandingan 3 penjuru yang hanya menguntungkan Barisan Nasional (BN).

Pengerusi DAP Lim Kit Siang dipetik sebagai berkata satu-satunya cara ialah PAS bertanding di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis manakala Parti Amanah Negara (Amanah) pula bertanding di negeri lain yang tertakluk atas persetujuan parti pembangkang lain.

Ditanya mengenai ancaman Amanah terhadap parti itu selepas kebanyakan anggota PAS beralih arah kepada parti serpihan itu, Hadi yang juga anggota Parlimen Marang menganggap perkara berkenaan hanya perkara kecil.

"Kepada kita, Amanah ini tidak ada apa-apa cabaran yang besar kepada PAS. PAS pernah menghadapi cabaran lebih besar daripada ini terutama pada 1978 yang menyebabkan rakyat Kelantan buat demonstrasi sehingga menyebabkan kerajaan Kelantan jatuh.

"Namun demikian kita dapat melangsungkan perjuangan kita dengan cara yang baik dan kita dapat meningkatkan bukan sahaja anggota parti, bahkan meningkatkan pengurusan parti," katanya. – Bernama,18 Oktober, 2015.


Perseteruan PAS-DAP terus berpanjangan walaupun mereka tidak lagi menjadi parti sekutu. Pengarah Pilihan Raya PAS Mustafa Ali hari ini berkata serangan Lim Kit Siang terhadap PAS menggambarkan dendam DAP yang tidak pernah padam. Malah, kata Mustafa, PAS kini dianggap Lim sebagai musuh nombor satu DAP. DAP yang kini menggunakan Parti Amanah Negara (PAN) sebagai galang ganti permerian PAS dari Pakatan Pembangkang menimbulkan rasa tidak senang dikalangan orang PAS sendiri yang mana PAN bertindak sebagai agen perpecahan dari dalam PAS.

“Seorang pemimpin politik yang rasional betapa tinggi pun kemarahannya terhadap sesuatu mesti menyemak dulu fakta sebelum melontarkannya.

“Kalau tidak, ia akan mendedahkan kejahilan diri sendiri dan sikap suka memfitnah terhadap orang lain,” kata Mustafa.

Dikala ini Mat Sabu pastinya tersenyum puas bilamana 'godfather' nya DAP sedang menrenyukkan PAS yang kini dilihat sebagai tidak lagi sebagai pembangkang utama di dalam arena politik negara ini, dan jelaslah kemasukkan Mat Sabu sebagai alat pemecahbelah PAS yang pernah diberi amaran terdahulu dari pemimpin pemimpin PAS yang terdahulu.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
"Dendam DAP Pada PAS Tidak Pernah Padam" - Mustafa Ali Daeng Selili Rating: 5 Monday, 19 October 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!