Saturday, 24 October 2015

‪#‎Bajet2016‬ : Bumiputera Tunggu Apa Lagi?

Bajet 'Mensejahtera Kehidupan Rakyat' dibentangkan oleh YAB Perdana Menteri Dato' Sri Najib Tun Razak di Parlimen hari ini sekali lagi menjuarai keperluan rakyat umumnya.

Terima kasih diucapkan atas keprihatinan Perdana Menteri melalui Kementerian-Kementerian yang berusaha keras memastikan untung nasib rakyat mendapat pembelaan dan perhatian sewajarnya.



Isu perumahan menjadi antara tajuk utama dalam perbentangan Bajet 2016 hari ini dan bagi Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan (PPUWP) ianya tepat pada masa terutama buat anak muda bandar di sini.

Apa yang pasti kerajaan sudah melihat dan mendengar rintihan rakyat yang mengalami kesukaran untuk memiliki rumah apabila harga melambung tinggi tanpa kawalan terutama di bandar-bandar.

Untuk skim pendahuluan perumahan, RM 200 juta diperuntukan namun mekanisma cara pengagihan masih tidak diketahui oleh golongan sasaran. Hal ini amat membimbanngkan terutama kepada mereka yang sedang mencari rumah untuk dibeli.

Tahun lepas skim Perumahan Belia memberikan pendahuluan pembelian rumah dengan jaminan kerajaan serta RM 200 rebat oleh kerajaan selama 24 bulan. Skim 'first come first serve' masih lagi tidak diketahui status pecahan kaum bagi mereka yang layak menerimanya.

PPUWP berharap dengan tambahan bajet sebanyak RM 200 juta ini akan direbut oleh golongan muda terutama anak-anak Melayu bandar.

Di samping itu juga, PPUWP mencadangkan RUMAWIP dan PR1MA bekerjasama dengan NGO-NGO Bumiputera bagi meningkatkan pemilikan hartanah di Malaysia di mana Bumiputera masih belum sedar akan kepentingan memiliki rumah dalam usia muda.

MOHD RAZLAN BIN MUHAMMAD RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

23 October 2015
‪#‎Bajet2016‬ : Bumiputera Tunggu Apa Lagi? Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 24 October 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!