Thursday, 15 October 2015

Adakah Muhyiddin bebal?

Tidak pelik jika Tun Dr Mahathir tidak memahami SOSMA sebab pada zamannya tiada SOSMA. Dia menahan musuh politiknya menggunakan ISA. Ahli parti yang mengkritik Tun M, seperti Lokman Nor Adam bukan sahaja disingkirkan dari parti tetapi turut disumbatkan ke dalam tahanan menggunakan ISA.


Tidak pelik juga jika Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak memahami SOSMA kerana keupayaannya menguasai sesuatu subjek dan ilmu pengetahuannya agak rendah.

Contohnya, baru-baru ini Muhyiddin menggunakan peribahasa yang salah, iaitu "seperti bulan jatuh ke riba" ketika cuba menggambarkan tempoh siasatan ke atas 1MDB yang mengambil masa yang lama. Satu kesalahan yang tidak wajar dilakukan oleh seorang bekas Menteri Pendidikan.

Muhyiddin juga dilihat sukar memahami sesuatu topik biarpun telah diberi penjelasan berulang kali. Dalam soal 1MDB misalnya, Muhyiddin masih tidak dapat memahaminya walaupun selepas menerima fact sheet, penjelasan daripada 1MDB dan penjelasan secara perorangan selama 40 minit daripada Menteri Kewangan II.

Dalam hal SOSMA, Muhyiddin nampaknya gagal memahami penjelasan Peguam Negara mengenai akta tersebut. Masalah dengan Muhyiddin adalah biarpun tidak memahami sesuatu, dia tidak berusaha mencari penjelasan dari sumber yang betul. Berkemungkinan besar semasa SOSMA dijelaskan dan dipinda, Muhyiddin tidak mendapat penjelasan yang sepatutnya dan dia sendiri tidak berusaha mendapatkan penjelasan yang mendalam mengenainya.

Begitu yang berlaku dalam hal berkaitan 1MDB. Muhyiddin sering menyatakan yang dia tidak memahami 1MDB, tetapi apabila ditanya kepada bekas Setiausaha Politiknya, berapa kali Muhyiddin memanggil 1MDB untuk mendapatkan penjelasan, tiada jawapan diperolehi melainkan "soalan itu akan dijawab di akhirat nanti."

Kedua, Muhyiddin gagal untuk membezakan antara 'kritikan' dan 'cubaan mensabotaj' sama seperti kegagalannya memahami punca dia digugurkan dari jawatan Timbalan Perdana Menteri. Ia bukan kerana mengkritik 1MDB tetapi kerana dia tidak boleh berpegang kepada konsensus pasukan dan gagal bekerja sebagai satu pasukan. Muhyiddin juga wajar faham jika Majlis Kerja Tertinggi UMNO memecatnya nanti. Ia bukan kerana kritikannya terhadap 1MDB, tetapi kerana dia melanggar disiplin dan tata etika parti.

Khairuddin dan Matthias bukan mengkritik 1MDB, sebaliknya mereka mengundang campur tangan asing. Ada perbezaan di antara mengkritik dan mengundang campur tangan asing.Tun M dan Muhyiddin mengkritik 1MDB. Sebab itu keduanya masih bebas dan belum ditangkap di bawah SOSMA.

Selain mengundang campur tangan asing, tindakan Khairuddin dan Matthias juga boleh menjejaskan keyakinan pihak luar terhadap ekonomi negara. Ini juga merupakan tindakan mensabotaj dan cubaan mensabotaj negara. Kedua-duanya adalah kesalahan di bawah Seksyen 124K dan 124L Kanun Keseksaan, iaitu satu kesalahan keselamatan yang membolehkan penggunaan SOSMA.

Adakah 1MDB terlalu kebal? Tidak. Sebab itu pengkritiknya masih ramai yang bebas dan tidak ditahan di bawah SOSMA. Kerana itu juga 1MDB disiasat oleh Ketua Audit Negara, PAC dan Pasukan Petugas Khas.

Adakah Muhyiddin bebal? Mungkin. Dia tidak memahami SOSMA walaupun dia telah mendapat penjelasan mengenai akta tersebut dan dia terlibat meluluskannya. Mungkin Muhyiddin hanya akan faham SOSMA selepas membaca mengenainya dari The Edge.

- sumber
Adakah Muhyiddin bebal? Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 15 October 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!