Tuesday, 13 October 2015

#1MDB Buat Laporan Polis Maklumat SULIT BOCOR!

1Malaysia Development Berhad (1MDB) pada Isnin membuat laporan polis mengenai tindakan satu atau lebih banyak pihak yang disyaki membocorkan dan menjual maklumat sulit mengenai syarikat itu.

Laporan polis itu menyusul selepas pengakuan portal berita Sarawak Report bahawa ia mendapat dokumen sulit daripada Bank Negara dan pengakuan terbuka daripada penerbitan antarabangsa Wall Steet Journal bahawa ia juga telah meneliti dokumen berkaitan 'siasatan kerajaan' ke atas 1MDB dan mempunyai akses kepada transkrip prosiding Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara dan draf laporan Ketua Audit Negara ke atas 1MDB.

"Biarpun adanya pengakuan ini, tiada tindakan telah diambil sama ada terhadap pihak yang telah menerbitkan dokumen berkenaan, juga terhadap pihak yang membocorkannya yang menyalahi undang-undang," kata syarikat itu dalam kenyataan di sini, Isnin.

Syarikat itu berkata buat kali kedua, Sarawak Report kendalian pihak asing yang sekarang ini disekat di sini kerana menerbitkan bahan dicuri dan dipalsukan, telah mengeluarkan satu artikel yang menunjukkan minit mesyuarat lembaga pengarah 1MDB yang kelihatan seperti tulen.


"Kami sangat bimbang, ini berikutan kenyataan Sarawak Report sebelum ini yang menyatakan ia telah memperoleh dokumen daripada siasatan Bank Negara," katanya.

1MDB percaya tindakan satu atau lebih banyak pihak membocorkan maklumat sulit dilakukan dengan niat jahat dan mungkin telah menyalahi undang-undang Malaysia antaranya Kanun Keseksaan, Akta Rahsia Rasmi 1972, Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat dan Akta Majlis Parlimen (Keistimewaan dan Kuasa) 1952.

"Kami mempunyai keyakinan penuh dalam kemampuan menyiasat dan profesionalisme pihak berkuasa untuk mengambil semua tindakan yang diperlukan bagi menjunjung undang-undang di Malaysia," katanya. - sumber


#1MDB Buat Laporan Polis Maklumat SULIT BOCOR! Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 13 October 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!