Sunday, 6 September 2015

Wilayah Persekutuan Bakal Terima MRSM #wilayahkuceria #InibaruPemuda

Usul Pemuda Mohon Wujud MRSM Di Wilayah Persekutuan Diluluskan Menteri.



Melalui mesyuarat-mesyuarat cawangan Pemuda UMNO di seluruh Wilayah Persekutuan, Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan (PPUWP) menerima dan mengangkat usul mewujudkan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) di sini untuk dibawa ke peringkat seterusnya.

Alhamdulillah dengan pengumuman yang dibuat oleh YB Dato' Seri Ismail Sabri semasa merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Labuan hari ini, ianya umpama menjadi satu detik manis dan terindah dalam perjuangan seluruh ahli PPUWP.

Mewakili PPUWP saya mengucapkan tahniah dan syabas buat sahabat-sahabat yang mengusulkan cadangan ini di peringkat cawangan.

Mungkin kewujudan MRSM ini bukan untuk kita (Pemuda) tetapi ianya mungkin untuk kegunaan anak-anak, saudara mara dan barangkali untuk adik-adik kita suatu hari nanti.


Inilah perjuangan yang boleh dibanggakan oleh sekalian ahli-ahli Pemuda UMNO di Wilayah Persekutuan demi kepentingan anak bangsa. Maka diharapkan semangat perjuangan ini terus dikekalkan oleh ahli-ahli Pemuda UMNO Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan untuk masa depan generasi akan datang.

Mewakili PPUWP, saya mengucapkan jutaan terima kasih kepada YB Datuk Seri Ismail Sabry kerana meluluskan permohonan kami dan mendengar suara hati anak-anak Wilayah Persekutuan.#WilayahkuCeria

MOHD RAZLAN RAFII
Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan
6 September 2015


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Wilayah Persekutuan Bakal Terima MRSM #wilayahkuceria #InibaruPemuda Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 6 September 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!