Saturday, 19 September 2015

Wajarkah Najib Razak Disamakan Dengan Kamal Atartuk?!


Admin pernah mendengar satu lontaran tuduhan tidak berlandaskan iman seorang muslim yang menyamakan PM Malaysia hari ini dengan pemimpin Tukri Kamal Atartuk yang kisah kematinya dalam keadaan yang tidak sempurna, Oleh kerana itu admin kongsikan apa yang sebenarnya belaku kepada Kamal Atartuk sehingga kisahnya menjadi teladan kepada kita di Malaysia.

Kematian Kamal Atartuk yang menyeksakan di saat kematiannya, telah didatangkan beberapa penyakit oleh Allah SWT kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah:
  1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.
  2. Sakit jantung.
  3. Penyakit darah tinggi.
  4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau. Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk. Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang!


Pada 26 September 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan. Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya). Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap catatan) selama 15 tahun sehingga tahun 1953.

Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan.


Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa, 

"Jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!"

Apa yang telah dia lakukan hingga sedemikian azab dunia yang diterimanya?
  • Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.
  • Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi (sesuai dengan kehendak barat).
  • Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.
  • Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."
  • Menggalakkan minum arak secara terbuka.
  • Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.
  • Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.
  • Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.
  • Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.
  • Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.
  • Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.
  • Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.
  • Menukarkan Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.
  • Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.
  • Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.
  • Membatalkan undang-undang waris, faraid secara Islam.
  • Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.
  • Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.
Wallahua'lam. Benar ataupun tidak??! Sesungguhnya Allah SWT sahaja yang mengetahui kebenarannya. Seeloknya kita mengambil iktibar dari kisah ini.


Gambar ini diambil oleh wartawan pada tahun 2011 dimana PM Najib Razak melawat kubur pemimpin Tukri Kamal Atartuk yang menerima kritikan hebat seolah olah tindakkan beliau ini bakal dihalalkan di Malaysia sedangkan yang mengeluarkan fatwa bukan beliau. Kesimpulannya, pandangan yang lebih berhati-hati adalah bahawa tunduk tanda hormat kepada seseorang hukumnya Makruh Tahrimi, melainkan mereka yang berpegang kepada qaul yang terpecil yang membolehkannya.

Sekadar mengikuti cara orang sana. Wajarkah PM dengan sombong menolak untuk tidak memberikan penghormatan kepada bekas pemimpin negara tersebut?

Niat orang yang melakukannya bukanlah menyembah seseorang, tetapi atas dasar penghormatan. Jika perbuatan tersebut hukumnya haram sebagaimana Q1, maka pelakunya melakukan dosa, dan bukan syirik. Bermakna, tidak terkeluar aqidahnya, dan Allah masih menerima Taubat hambanya.

Islam tidak melarang umatnya untuk mengucapkan takziah kepada orang bukan Islam. Cuma seorang Muslim tidak boleh mendo’akan si-mati yang kafir, dan sebagainya.

Kita hari ini terlalu banyak melayan kisah dongeng yang berlebih lebihan sehingga ada yang termakan hasutan dan fitnah terhadap kepimpinan negara hari ini, saya nak tanya, ada pernah dengar Najib Razak fitnah orang?!

Renung renungkan..
Wajarkah Najib Razak Disamakan Dengan Kamal Atartuk?! Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 19 September 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!