Saturday, 26 September 2015

‪#‎Solidarity4khairuddin‬ : Khairuddin Ditahan Kerana Mahu Sabotaj Malaysia?!

Bekas Naib Ketua UMNO Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan telah dimasukkan ke hospital kerana demam panas.



Peguamnya, Matthias Chang ketika dihubungi Astro AWANI berkata Khairuddin disyaki menghidapi demam denggi.

“Ya, Khairuddin telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) kerana disyaki menghidapi demam denggi,” katanya.

Pada 18 September, Khairuddin ditahan oleh pihak polis di kediamannya di Mont Kiara beberapa harisebelum beliau dijadualkan mengadakan pertemuan dengan agen Biro Siasatan Persekutuan (FBI) di Amerika Syarikat. Pada 23 September, Khairuddin ditahan di Kompleks Mahkamah Jalan Duta di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).


Beliau ditahan semula apabila berjalan keluar dari mahkamah selepas dibebaskan, bagi kesalahan di bawah Seksyen 124k dan 124L Kanun Keseksaan.

Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan ditahan 28 hari untuk siasatan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA). Ia disahkan Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim. Polis akan merujuk hasil siasatan kepada timbalan pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.

“Ada kemungkinan kita akan dapat lengkapkan kertas siasatan lebih awal,” katanya yang dipetik daripada Bernama.


Media tempatan melaporkan Khairuddin didakwa sedang merancang untuk meminta Amerika Syarikat campurtangan dalam hal ehwal Malaysia. Sebelum ini, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menganggap tindakan Khairuddin menggunakan saluran perundangan asing untuk mengenakan tekanan antarabangsa terhadap Malaysia sebagai mensabotaj negara.

Khairuddin, yang sebelum itu dibebaskan selepas ditahan reman sejak Sabtu lepas, ditahan semula semalam di Kompleks Mahkamah Jalan Duta.

Jumaat lepas, beliau ditahan Unit Siasatan Jenayah Terkelas dari Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di kediamannya di Mont Kiara.

Tahanan reman itu dibuat mengikut Seksyen 124C Kanun Keseksaan atas cubaan melakukan aktiviti yang menjejaskan demokrasi berparlimen.

DS : Ada segelintir penyokong yang tidak meneliti kronologi penahanan beliau semberono menyalahkan pihak berkuasa kerana menahan beliau sedangkan tindakkan beliau yang selama ini mencabar undang undang Malaysia sewajarnya diberi pengajaran.

Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 atau SOSMA dikuatkuasakan "bagi menyediakan langkah-langkah khas berkaitan dengan kesalahan keselamatan bertujuan mengekalkan keamanan dan keselamatan dan bagi hal-hal berkait". 

Akta ini digubal bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960. Akta tersebut telah diluluskan di Parlimen pada 17 April 2012, diberikan Perkenan Diraja pada 18 Jun 2012 dan diwartakan pada 22 Jun 2012.


‪#‎Solidarity4khairuddin‬ : Khairuddin Ditahan Kerana Mahu Sabotaj Malaysia?! Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 26 September 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!