Tuesday, 22 September 2015

PAS Tidak Bersama Pakatan Baru #PakatanHarapan

Persidangan Meja Bulat yang dianggotai parti-parti pembangkang hari ini bersetuju untuk menubuhkan sebuah pakatan pembangkang yang baru bernama 'Pakatan Harapan' yang dianggotai oleh PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Ketua pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan keputusan tersebut selepas kata sepakat dicapai pada Persidangan Meja Bulat Ke Arah Pembentukan Pakatan Pembangkang, pagi tadi.


"Mulai dari hari ini, Pakatan Harapan akan berfungsi sepenuhnya sebagai sebuah pakatan politik yang jitu untuk membela rakyat dan berdepan dengan Umno-Barisan Nasional (BN)," katanya dalam satu sidang media di sini.

Azizah bagaimanapun tidak menjelaskan secara terperinci mengenai status PAS di dalam Pakatan Harapan. Beliau sebaliknya mengulangi kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang mengatakan kerjasama dengan pakatan pembangkang masih berjalan khususnya membabitkan isu kepentingan rakyat. 


Azizah dalam pada itu turut mengumumkan langkah pertama Pakatan Harapan adalah mengumumkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri sekiranya Pakatan Harapan memenangi Pilihan Raya Umum ke 14.

"Kami yakin bahawa beliau adalah di antara pemimpin yang paling sesuai untuk menangani kemelut ekonomi, salah urus kerajaan, kebajikan rakyat, perpaduan kaum dan krisis kredebiliti yang ditinggalkan oleh Datuk Seri Najib," katanya.

Dalam pada itu, Azizah yang juga merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata sebuah jawatankuasa khas akan ditubuhkan dalam Pakatan Harapan.

"Sebuah jawatankuasa khas dengan diwakili dengan oleh Setiausaha Agung dan wakil setiap parti akan ditubuhkan untuk memperhalusi terma-terma penubuhan Pakatan Harapan termasuklah perjanjian pakatan, dasar bersama, etika kerja sesama parti yang menganggotai Pakatan Harapan dan lain-lain," katanya.


Beliau turut mengalu-alukan penyertaan semua pihak bersama-sama Pakatan Harapan dalam misi menyelamatkan rakyat dan negara.

Azizah ditanya lebih lanjut samada sudah mendaftarkan Pakatan Harapan pada RoS, beliau bagaimanapun meminta sedikit masa untuk berbuat demikian.

"Ikut giliran..satu persatu..selepas ini kita daftarkanlah," katanya. - sumber

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
PAS Tidak Bersama Pakatan Baru #PakatanHarapan Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 22 September 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!