Monday, 7 September 2015

Kapal Purba Kerajaan Kedah Tua

MEREPUTLAH KAU WAHAI KAPAL WARISAN MELAYU DI SUNGAI BATU...



Kapal-kapal purba ni menunggu masa untuk mereput di dalam kolam limbah berlumpur tu.Kalau kapal-kapal ini berada di Sweden atau England,sudah tentu berebut-rebut ahli arkeologi dan sejarahwan ingin mengorek kolam berlumpur itu. (gambar atas kapal Vasa di muzium maritim di Stockholm, Sweden)

Bayangkan,umur kapal-kapal ini lebih 2000 tahun,lebih tua dari kapal Vasa dan Mary Rose yang digali Sweden dan England dan siap dipamerkan di muzium masing-masing.Kapal Vasa dibina pada abad ke-17 manakala Mary Rose pada abad ke-16.

Sebelum The Age of Sail yang dibangga-banggakan Barat sehingga muncul dalam filem-filem termasuk siri The Pirates of Caribbean,1000 tahun sebelum itu orang-orang Melayu Srivijaya telah memahat ukiran kapal-kapal perdagangan mereka di Borobudur yang mengagumkan itu.1000 tahun sebelum orang Eropah mengerti memakai kapal-kapal untuk berdagang dan berperang.Bayangkan.

Ukiran kapal di Borobudur era Srivijaya.

Tapi kapal-kapal Kedah Tua ini beratus tahun lebih tua dari ukiran-ukiran kapal di tembok Borobudur itu.Bayangkan.

Masa kapal-kapal purba ni dok belayar megah atas air,nenek moyang orang Swedish dan English yang bina kapal Vasa dan Mary Rose tu masih hidup berpindah randah macam nomad sebagai suku-suku Norse dan Jerman Kuno,sekali-sekala diserang dan dijajah bangsa Rom.Bayangkan

Berita pasal kapal-kapal itu sudah setahun dua saya mendengarnya,sejak 2013 lagi.Tapi betapa lembik dan lembabnya pihak-pihak tertentu dalam menangani isu ini.Adakah ingin menunggu kontraktor membina apartment mewah di atas kapal-kapal purba berusia lebih 2000 tahun itu,baru nak terlompat-lompat macam beruk termakan cabai?

Kapal Vasa yang lebih kurang sepanjang 200 kaki boleh dinaikkan,takkan kapal yang kononnya panjang 50 kaki tak boleh dinaikkan?Vasa tu tenggelam di Laut Baltic tau ini kapal purba Kedah tu tenggelam dalam kolam atas darat,mengapa pihak muzium,universiti atau persatuan sejarah takde langsung tiada tenaga kejantanan untuk mengerahkan daya dan upaya bagi menaikkan kapal-kapal purba ini?

Saya tak mengharapkan kerajaan buta sejarah ini menggali Selat Melaka.Saya hanya nak mereka gali kapal-kapal saya dalam kolam limbah paya tu saja.Apakah jin syaitan yang menghalang pun saya tak tahu sampai setahun lebih dok biarkan kapal tu mereput dalam tanah.

Payah kalau nak bercakap dengan orang-orang yang buta sejarah.Kerajaan komunis China sanggup menipu ukir gua-gua dan reka tengkorak-tengkorak untuk tambahkan tapak-tapak arkeologi, Thailand sanggup keluarkan macam-macam filem pasal sejarah mereka yang hanya bermula abad ke-13 tu,Filipina dah takde sejarah dan budaya sebab dimusnahkan masa penjajahan,terpaksa ambil budaya dan sejarah sebelah selatan seperti Mindanao dan Sulu untuk gambarkan mereka masih ada sejarah,tapi orang-orang kat negeri Kedah ni yang ada sejarah agung tertua dari segala peradaban di Asia Tenggara,boleh buat kapal-kapal tu macam pekasam dan kimchi dalam kolam.

Merdeka dah 58 tahun tapi pemikiran masih di zaman Charles Brooke.Lembab dan bengap.Cuba aktifkan diri tu sikit,keluar dari pejabat.Muzium tu dah ada pak guard jaga.Rakyat bayar gaji anda untuk korek kapal-kapal ni letak dalam muzium.Yang dok bergosip,tidoq dalam opis buat pa.

Pi korek kapal-kapal tu,pi bersihkan,kasi perkemaih sket,lepaih tu tayang kat orang ramai.Jangan jadi macam had Melaka,kapal penjajah Portugis pulak sanggup dibina,habis beribu-ribu ringgit pastu ditayangkan depan muzium pastu bangga pulak.Pelik bin ajaib.

VIRALKAN ARTIKEL INI KALAU ANDA SAYANGKAN ANAK BANGSA ANDA! PASTIKAN KERAJAAN MENAIKKAN KAPAL YANG MENJADI LAMBANG PERADABAN MELAYU SUNGAI BATU!!! - The Patriots

Penemuan Di Tapak Arkeologi Sungai Batu


Para pengkaji di Tapak Arkeologi Sungai Batu, yang diiktiraf sebagai tapak tamadun manusia tertua di Asia Tenggara, telah menemui beberapa tinggalan kapal purba di sungai kuno yang pernah mengalir di kawasan bersejarah “Kedah Tua” itu ribuan tahun dahulu.

Penemuan tinggalan kapal-kapal purba di tapak arkeologi itu didedahkan Exco Agama, Hal Ehwal Masyarakat Siam, Pelancongan dan Warisan, Kerja Raya negeri Datuk Mohd Rawi Abdul Hamid kepada Bernama baru-baru ini.

“Ada di dalam sungai kuno itu lima atau tujuh kapal atau tongkang lama. Tiang layar (kapal-kapal purba) itu pun sudah nampak. Kapal-kapal atau tongkang purba itu adalah 40 hingga 50 kaki panjangnya.
“Selama ini pengkaji-pengkaji mencari di kawasan bakau di pesisir pantai, tetapi apabila menggunakan teknologi satelit, (pengkaji) mengetahui di mana kedudukan asal sungai kuno itu,” katanya dalam temu ramah di pejabatnya.
Mohd Rawi berkata, pengkaji-pengkaji di tapak arkeologi terbabit menemui tinggalan kapal-kapal purba itu kira-kira setahun yang lalu tetapi tidak membuat sebarang pengumuman tentang penemuan itu sehingga kini.


Tapak arkeologi Sungai Batu terletak di ladang kelapa sawit berhampiran Sungai Petani, di mana para pengkaji sejak 2009 telah menemui pelbagai monumen yang disahkan berusia seawal 1,900 tahun (110 Masehi).

Usianya telah disahkan lebih tua berbanding candi-candi di Borobudur, Indonesia dan Angkor Wat, Kemboja, yang masing-masing dibina pada abad ke-9 dan abad ke-12.

Tinggalan-tinggalan kapal purba itu menurut Mohd Rawi, dikesan tertanam di dalam sebuah kawasan berpaya dan berselut di tapak arkeologi itu, yang ribuan tahun dahulu merupakan sebuah sungai kuno yang dalam dan luas.

“Pengkaji menyelam dan mereka melihat adanya struktur seperti sebuah kapal,” katanya dan menambah Tamadun Sungai Batu merupakan penemuan yang amat penting bukan sahaja kepada Kedah, tetapi juga Malaysia keseluruhannya.

Ditanya sama ada kerajaan negeri mahu melihat usaha menaikkan tinggalan kapal-kapal purba dimulakan, beliau berkata, perbincangan perlu diadakan kerana kos untuk menaikkannya dijangkakan amat tinggi.

Kerajaan negeri dan kerajaan pusat serta pelbagai agensi lain seperti Jabatan Warisan, Universiti Sains Malaysia (USM) yang melakukan kajian di tapak arkeologi Sungai Batu itu perlu duduk bersama dan berbincang, katanya.

Sementara itu, Pengarah Pusat Penyelidikan Arkeologi Global, USM Prof Datuk Dr Mokhtar Saidin ketika dihubungi Bernama turut mengesahkan penemuan struktur-struktur yang dipercayai bangkai kapal-kapal purba itu.

“Kita menemui struktur-struktur itu yang dipercayai kapal purba itu ketika melakukan analisis Geofizik (di tapak arkeologi Sungai Batu). Bagaimanapun kita perlu melakukan lebih banyak analisis dan kajian sebelum dapat mencapai keputusan akhir,” katanya.

Ditanya tentang usia struktur itu jika ia disahkan adalah kapal-kapal purba, beliau berkata, ia berkemungkinan memiliki usia yang sama seperti Tamadun Sungai Batu itu sendiri.

Beberapa pengkaji yang ditemui oleh Bernama di tapak arkeologi Sungai Batu itu turut mengakui tentang penemuan tinggalan kapal purba itu, yang boleh disifatkan sebagai antara penemuan paling penting setakat ini.

Sejak menjalankan kajian di Sungai Batu itu, pasukan arkeologi USM telah membuat beberapa penemuan penting seperti relau melebur besi, jeti-jeti pelabuhan dan bangunan pentadbiran.

Bagaimanapun, penemuan terpenting adalah monumen bulatan disahkan telah dibina pada tahun 110 Masihi iaitu 1,900 tahun dahulu menggunakan teknik “Optically Stimulated Luminescence” (OSL), berkemungkinan berfungsi untuk tujuan ibadat bagi penganutnya yang mengamalkan kepercayaan Animisme.

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Kapal Purba Kerajaan Kedah Tua Daeng Selili Rating: 5 Monday, 7 September 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!