Wednesday, 2 September 2015

"Kalau Kuasa Jalanan Yang Diminta" - Razlan Rafii #Bersih4 #IniBaruPemuda


Perhimpunan haram Bersih 4 di jalanan menghimpunkan ribuan rakyat yang termakan hasutan fitnah dan dakyah politik membenci kerajaan sedia ada hari ini. Realiti yang yang tersurat, demontrasi kali ini dipelopori kaum Cina yang bersandarkan pada objektif utama untuk menumbangkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

90% kaum Cina turun ke jalanan bagi menyuarakan hasrat mereka menolak sistem demokrasi yang telah diamalkan semenjak pilihanraya umum pertama negara pada tahun 1955.

Orang Melayu hari ini tidak mahu mengungkit apa yang telah diberikan dan dikongsikan kepada mereka semenjak 58 tahun dahulu. Kerana ianya terlalu banyak dan sensitif jika hendak disenaraikan tetapi seperkara yang perlu diingati adalah sebagai rakyat Malaysia, seharusnya menjadi tanggungjawab bersama untuk menjaga keharmonian dan tekad bersatu dalam sebuah negara yang terdiri daripada berbilang kaum, etnik dan agama.

Namun politik jalanan bukannya pilihan terbaik untuk pembangkang menghukum kerajaan dan meniup sentimen perkauman Cina semata-mata. Kita sedar sempadan antara kaum kian terhakis akhir-akhir ini dek sikap kaum Cina berfahaman komunis ini begitu ke hadapan menerusi laman media sosial menolak Melayu, Bumiputera dan Islam secara terbuka menggunakan bahasa ibunda mereka.

Inilah antara punca mengapa begitu ramai anak-anak Cina mula berani berdemontrasi di atas jalanan semata-mata mahu memastikan kerajaan rebah dan tumbang. Sekiranya ini yang dikehendaki mereka, mungkin sudah tiba masanya orang Melayu dan Bumiputera turun ke jalanan untuk menuntut hak tanah ini semula.

Malaysia sudah lama memberikan kepercayaan kepada sistem demokrasi namun kaum Cina tetap memilih jalanan sebagai pilihan terbaik mereka. Maka tak salah kita ikutkan saja permainan mereka. Menang atau kalah belum pasti namun biar jalanan yang menentukannya. 


MOHD RAZLAN RAFII

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan

2 September 2015


#KekalNajib



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
"Kalau Kuasa Jalanan Yang Diminta" - Razlan Rafii #Bersih4 #IniBaruPemuda Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 2 September 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!