Monday, 14 September 2015

#HimpunanRakyatBersatu "Saya tidak tahu..." - Tengku Adnan

Himpunan Rakyat Bersatu hanya diberikan permit sekiranya pengajur bersetuju untuk mengadakannya di Padang Merbok, Kuala Lumpur.


Sama seperti BERSIH, Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, tiada halangan untuk mengadakan perhimpunan namun perlu diadakan di kawasan tertutup dan bukannya di jalanan.

“Penganjur ada meminta untuk mengadakan perhimpunan di Dataran Merdeka tetapi kita cakap tidak boleh. Kalau mahu juga sila buat di Padang Merbok, itu kita akan bagi kebenaran. Himpunan di jalanan memang diharamkan. Ini sama seperti yang kita beritahu kepada penganjur Bersih dahulu tetapi mereka engkar,” katanya semasa sidang media selepas majlis pelancaran dan sesi pengundian Projek Rumawip Residensi RazakMas di sini hari ini.

Sambil menegaskan bahawa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sudah bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan, Tengku Adnan berharap semua pihak yang terlibat di dalam perhimpunan pada Rabu ini mematuhi undang-undang negara.

Tambahnya, perhimpunan tersebut bukan tajaan UMNO bagaimanapun parti berkenaan tidak meminta atau menghalang ahlinya untuk menyertai Himpunan Rakyat Bersatu asalkan tidak melanggar peraturan negara.

“Himpunan Rakyat Bersatu bukan ditaja oleh UMNO seperti Bersih yang terang-terang didokong oleh DAP. Jangan tanya saya berapa ramai ahli UMNO yang akan menyertai perhimpunan tersebut, saya tidak tahu kerana kami tidak pernah mengerahkan mana-mana ahli untuk turut serta.

Cuma kami tidak menghalang sekiranya mereka ikut serta di bawah tiket badan bukan kerajaan (NGO) dan mereka perlulah mengikut peraturan,” katanya lagi. Tengku Adnan juga menegaskan Himpunan Rakyat Bersatu bukanlah bersifat perkauman kerana ianya tidak terhad kepada orang Melayu sahaja sebaliknya terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang mahu menyatakan sokongan kepada kerajaan.-MalaysiaGazette

DS : Mungkin ada yang "berbaju merah" terlepas ke Petaling Street dan Bukit Bintang tu saya rasa dorang shoping raya haji, muehehehee...



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#HimpunanRakyatBersatu "Saya tidak tahu..." - Tengku Adnan Daeng Selili Rating: 5 Monday, 14 September 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!