Saturday, 12 September 2015

Doktor Jabatan Kecemasan Makan Gaji Buta?!




Dan kakitangan jabatan berkenaan tidak buat kerja dan hanya goyang kaki (sila rujuk gambar di dalam ruangan komen pertama). 

Utk pengetahuan semua, Jabatan Kecemasan mana2 hospital DUNIA tidak merawat kes berdasarkan first come first serve. Jabatan Kecemasan merawat dgn memberi keutamaan berdasarkan darjah keseriusan kes. 


Kes2 kecemasan secara umumnya akan disaring pada peringkat awal dan bagi kes yg kritikal dan boleh mengancam nyawa serta merta mereka akan dimasukkan ke zon merah. 

Bagi kes separa kritikal mereka akan dimasukkan ke zon kuning dan bagi kes bukan kritikal, mereka akan dimasukkan ke zon hijau. 

Jadi apabila anda menunggu di zon hijau, sepatutnya anda bersyukur kerana anda bukan berada di zon merah yg sedang bertarung untuk nyawa. Kalau rasa pesakit zon merah tu untung sebab doktor tengok cepat, berdoalah supaya anda sakit tenat utk dimasukkan ke sana. ;)

Kita bukan menganaktirikan zon hijau, cuma rawatan yg diberikan adalah berdasarkan keperluan kes. Dalam kes HSI itu, sudah nyata kesibukan melampau di zon merah (ada 9 kes spt yg ditulis sendiri oleh individu yg complain) hingga doktor zon hijau terpaksa ditarik utk membantu. Masa berlaku pula adalah pada jam 11 malam hingga pukul 2 pagi! 

Kita mengutamakan sakit jantung, accident polytrauma, kegagalan pernafasan, stroke, sepsis dan banyak kes bahaya yg lain kerana jika tidak dirawat segera mereka boleh meninggal dunia bila2 masa. 

Kes2 seperti demam baru start 2 jam lepas, gatal punggung, kentut terlalu busuk, tak boleh tidur sebab mimpi ngeri, takde nafsu nak buat seks (oh yes! Kami dapat kes2 mcm ni memanjang kat green zone) dan lain2 kes yang sebenarnya menyalahgunakan sistem kecemasan tetap akan dilihat tapi silalah tunggu hingga semua kes yg sepatutnya mendapat rawatan dirawat. 

Angka giliran menunggu orang yg complain di facebook itu sebenarnya tidak jauh. Setiap bilik mempunyai nombor giliran yg berlainan. Misalannya bilik 1 dengan angka 1000, bilik 2 dgn angka 2000, bilik prosedur dgn angka lain. Bukan bermakna ada 4000 pesakit di jabatan kecemasan pada ketika itu. 
Amat kelakar kerana individu itu beranggapan (atau sengaja membuat persepsi) untuk mengatakan bahawa nombor beliau terlalu jauh. 

Dan macam biasa, apabila berlaku insiden seperti ini, kerajaan juga dipersalahkan. Tahukah anda yang kerajaan cuba sedaya upaya hatta utk mempercepatkan kes zon hijau dilihat? Malah ada KPI yang ditetapkan iaitu 70% daripada kes zon hijau mestilah dilihat oleh doktor dalam tempoh 90 minit! Dan hampir semua hospital negara kita mencapai KPI ini hatta hospital paling sibuk di Malaysia seperti HKL! 

Jadi belajarlah utk bersyukur wahai rakyat.  Kalau rasa perkhidmatan kerajaan ini tidak bagus dan lambat, bayarlah beberapa ratus ringgit dan pergilah ke hospital swasta yg kurang sibuk.  Biarlah kami merawat kes2 kritikal yang benar2 memerlukan di jabatan kecemasan. 

(Disalin semula dan diubah suai dari status asal saya bertarikh, 6 Julai 2015. Gambar printscreen saya muatkan di ruang komen kerana tidak dapat upload dalam notes aplikasi mobile). - Dr. Abdul Rahman Abdul Kadir





للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Doktor Jabatan Kecemasan Makan Gaji Buta?! Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 12 September 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!