Tuesday, 8 September 2015

Belia MyVOC Bersosial Di Hospital #MyVOC

Pada 6 September lepas Naib Presiden MBM Puan Asfalinda membuat lawatan Hospital Nor Zahirah Kuala Terengganu sambil menceriakan pesakit dan memberi sedikit sumbangan kepada pesakit wanita dan kanak-kanak. Beliau turut bersama sama dengan para sukarelawan #MyVOC . 


MyVOC ialah Program Komuniti Sukarelawan Belia 1 Malaysia (MyVOC) penubuhan kumpulan sukarelawan pelbagai latar profesion bagi merencana dan melaksanakan kerja-kerja sukarela secara kompeten. MyVOC kini sedang giat menjalankan program diseluruh negara dengan bertujuan untuk lebih mendekatkan diri mereka bersama belia-belia di seluruh Malaysia. 

Kehadiran mereka ternyata telah menceriakan suasana dalam Wad Hospital Nor Zahirah apabila kedatangan mereka turut dihadiri oleh penghibur (badut) yang sedikit sebanyak dapat menghiburkan para pesakit disitu dengan telatah telatah yang cuit hati dan semoga terubat sedikit dihati kanak-kanak tersebut walau dalam masa yang sama terpaksa menanggung kesakitan pada diri masing-masing.


Program ini juga turut menerima sokongan penuh dari tuan rumah iaitu Presiden Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) Saudara Zaidi Muda yang banyak memberikan sokongan dalam menjayakan program kali ini. Diharap program seumpama ini dapat diteruskan sentiasa kerana sebagai kita para belia dan beliawanis wajar memahami maksud menziarahi orang sakit ini kerana menziarahi orang sakit adalah sunat mu’akkadah iaitu sunat yang sangat dituntut. Menziarahi orang sakit tidak hanya terbatas kepada sahabat atau jiran tetangga yang sakit sahaja, bahkan disunatkan juga menziarahi saudara Islam yang tidak dikenali hatta musuh atau orang yang pernah menyakiti kita. Ini boleh dianggap satu ibadat dan juga khidmat sosial para belia kepada negara

Lagi gambar sini : Sumber



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Belia MyVOC Bersosial Di Hospital #MyVOC Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 8 September 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!