Saturday, 26 September 2015

Belia #MyVOC Bantu Ringankan Beban Mangsa Banjir Cameron

Sekali lagi, pasukan MyVOC membuat percaturan yang bijak dengan menghantar misi bantuan kepada penduduk Kg Raja Cameron Highland yang telah ditimpa banjir lumpur baru-baru ini. Misi bantuan yang diketuai oleh exco Majlis Belia Malaysia (Eric Chu) bersama-sama sukarelawan dari negeri Selangor dan Pahang.

Sebanyak 33 buah rumah telah ditimpa musibah banjir lumpur termasuk dengan kedai-kedai didalam kawasan Kg Raja Cameron Highland Pahang. Syukur, sumbangan ini sedikit sabanyak dapat meringankan beban yang mereka tanggung akibat bencana dan dapat juga mereka merencanakan kehidupan keluarga mereka semula untuk kehidupan seterusnya.


>> En. Eric Chu, Exco Majlis Belia Malaysia

Mengulas tentang program ini, En. Eric Chu selaku Exco Majlis Belia Malaysia dan selaku ketua misi bantuan,” Majlis Belia Malaysia bersama pasukan MyVOC dan sukarelawan telah Berjaya sampai ke Kg Raja Cameron Highland pada hari ini (13 september 2015) untuk menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir disini yang ditimpa musibah pada baru-baru ini.

Pasukan MyVOC ini ditubuhkan adalah untuk membantu pihak kerajaan untuk meringankan sedikit bebanan yang mangsa banjir alami dengan serta merta. Pasukan MyVOC ini terdiri dari kalangan golongan-golongan professional dan akan membantu seiapa sahaja yang ditimpa musibah tidak kira dari apa bangsa, agama dan kaum di seluruh Malaysia.

Program sebegini akan diteruskan untuk masa akan datang melalui Maljlis Belia Malaysia untuk mangsa bencana dan golongan kurang mampu dan pasukan MyVOC ini juga telah bersedia untuk memberi bantuan dimana sahaja sekiranya terjadi sekali lagi kejadian banjir besar yang berlaku sebelum ini di negeri Kelantan”


>> En. Khairul Izwan B. Abdul Khalid, Exco Majlis Belia Negeri Pahang

Dalam masa yang sama, En. Khairul Irwan Bin Abdul Khalid selaku Exco Majlis Belia Negeri Pahang dan selaku Setiausaha Majlis Belia Daerah Lipis memberitahu, “ Pada konvoi Sukarelawan Merdeka MyVOC ini, kami dari rakan-rakan dari Majlis Belia Negeri Pahang telah menghantar wakil seramai 32 orang untuk bersama-sama Majlis Belia Malaysia bagi menyampaikan sumbangan dari segi bentuk keperluan harian seperti bantal, selimut dan dapur pada penduduk kampung melayu Kg Raja Cameron Highland yang dilanda musibah banjir pada baru2 ini.

Usaha ini adalah usahasama yang mana jentera kami akan sentiasa membantu Majlis Belia Malaysia dalam apa jua cara berbentuk kesukarelaan yang mana sekarang ini sukarelawan adalah sesuatu yang penting dalam keadaan cuaca sekarang yang tidak menentu terutama di Cameron Highland.

Majlis belia Pahang akan terus bersama majlis belia Malaysia untuk terus membentuk sukarelawan dari kalangan belia terutama di negeri Pahang dan gabungan sukarelawan negeri Pahang yang telah dibentuk dan diterajui oleh” Yang Amat Mulia Tengku Muda Pahang” yang menggabungkan seluruh sukarelawan disetiap daerah negeri Pahang.

Misi bantuan ini akan berterusan tidak kira dalam misi bantuan banjir atau apa sekali pun, sekiranya diperlukan mereka akan sentiasa bersama.


>> En. Zambri B. Aziz, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Cameron Highland.

” Pihak kami ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada Majlis Belia Malaysia dan Majlis Belia Pahang atas kehadiran pasukan sukarelawan MyVOC ini ke sini yang sedikit sebanyak membantu meringankan beban anggota masyarakat yang terjejas akibat banjir baru – baru ini.

Walaupun banjir kali ini tidak seteruk yang dulu, namun ianya telah menjejaskan sekurang – kurangnya 33 buah rumah penduduk dan kedai – kedai yang berada di kawasan Kg. Raja ini.” Ujar En. Zambri B. Aziz daripada Pejabat Belia dan Sukan Daerah Cameron Highland.

” Oleh itu, kehadiran konvoi sukarelawan ini besar ertinya buat masyarakat disini.” tambah beliau lagi.



Belia #MyVOC Bantu Ringankan Beban Mangsa Banjir Cameron Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 26 September 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!