Wednesday, 2 September 2015

"Baju Merah" Tak Pukul Orang Awam #BERSIH4


Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Saudara Mohd Razlan Mohd Rafii tampil membuat penjelasan mengapa ahli-ahli pergerakan tersebut hadir ke Dataran Merdeka Kuala Lumpur pada tengah malam 30 Ogos 2015 baru-baru ini.

Menurut beliau, kehadiran beliau bersama-sama hampir 30 orang ahli Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan pada malam tersebut adalah bagi meraikan dan memastikan acara “ambang merdeka” diadakan seperti yang dilakukan tahun-tahun sebelum ini.

Mereka yang hadir berpakaian merah itu menafi bertujuan berbuat kacau dan provokasi terhadap para peserta Bersih 4.0 yang turut berada di kawasan pinggiran Dataran Merdeka sejak petang 29 Ogos 2015 lagi.


Razlan menegaskan bahawa beliau tidak mahu demonstrasi haram Bersih 4.0 menyebabkan tiada sebarang acara ambang merdeka di dataran tersebut kerana ia merupakan salah satu aktiviti rutin saban tahun bagi memperingati hari paling bersejarah buat negara.


Walaupun hanya seramai 30 orang yang hadir dan hanya menyanyikan lagu kebangsaan, Razlan tetap berpuas hati kerana paling tidak kehadiran tarikh keramat 31 Ogos pada tahun 2015 ini ada juga acara menyanyikan lagu kebangsaan.

Namun disebalik itu, Razlan amat-amat kecewa atas tindakan penganjuran demonstrasi haram Bersih 4.0 telah menyebabkan sambutan ambang merdeka tidak dapat dianjurkan pada tahun ini dengan begitu meriah.


Razlan juga mencerca kenyataan pengerusi penganjur Bersih 4.0, Maria Chin Abdullah yang berniat untuk menganjurkan Bersih 5.0 di masa hadapan dengan tujuan untuk menjatuhkan YAB Perdana Menteri.

Di samping Razlan menyifatkan ini suatu ugutan yang amat keras, beliau juga menasihati Maria Chin agar bersedia untuk bertembung dengan kumpulan dari Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan yang turut akan turun sebagai tanda protes terhadap Bersih 5.0 nanti.
- Sumber


DS : Pada malam 30 Ogos lepas admin menerima satu laporan yang mana seorang lelaki dipukul separuh mati dengan alasan "melontarkan mercun" kepada penyokong bersih4.0 tanpa sebarang bukti dan rakaman yang sah diatas dakwaan tersebut malah individu tersebut dikecam didalam laman facebook sebagai "barua UMNO".

30 orang ahli Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan pada malam tersebut hanya datang untuk meraikan ambang kemerdekaan di Dataran Merdeka dan menyanyikan lagu negaraku lalu bersurai dengan aman. Dimanakah dakwaan "penyokong baju merah" membuat kacau dan provokasi kepada himpunan haram tersebut.

Penyokong #BERSIH4 samseng. Pukul orang beramai² tak ada bukti! Aku harap orang yang kena pukul tu pergi saman Maria Chin dan pencacainya.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
"Baju Merah" Tak Pukul Orang Awam #BERSIH4 Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 2 September 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!