Friday, 7 August 2015

Video : Jamah Kek Dari Tanah Lumpur

Ketika admin melihat video yang menunjukkan bagaimana masyarakat di Port-au-Prince, Haiti makan kek ini, luluh rasa hati. Dalam tahun 2015 ini, masih ada lagi manusia yang tidak mampu menjamah makanan yang sempurna dan lebih teruk lagi, apa yang mereka makan di dalam video ini hanyalah lumpur (tanah).


Haiti merupakan negara paling miskin di Hemisfera Barat dan mereka pernah dilanda tsunami pada 2010 namun pemulihan di negara tersebut dilihat terlalu lambat pulih. Mereka percaya kek lumpur yang mereka makan tersebut mampu menyembuhkan penyakit.

Orang tempatan di sana memanggil kek lumpur tersebut dengan nama Galette - kek yang diperbuat daripada lumpur yang kaya dengan sumber mineral. Bahan yang diperlukan untuk buat kek lumpur tersebut adalah air, garam dan marjerin.



Malah kek ini juga dimakan oleh ibu mengandung selain dianggap sebagai sejenis ubat tradisional. Tetapi, sejauh manakah kebenaran ini? Sanggupkah anda makan perkara yang sama? Situasi berbeza di Malaysia, makanan yang ada pun diambil berlebihan dan dibuang begitu saja.


Segala bahan kek lumpur akan diadun dahulu


Kemudian ia akan diletakkan di dalam bekas yang lebih kecil untuk dibentukkan di atas tikar


Kek akan dibentuk di atas tikar dan dibiarkan kering di bawah cahaya matahari


Jika ia sudah kering, bolehlah dimakan begitu saja


Beginilah keadaan kek lumpur apabila sudah siap dan disusun cantik-cantik



Walaupun dikatakan bagus untuk kesihatan, sejauh manakah kebersihan dalam memproses kek ini. Video pendek di bawah ini cukup buat admin bersyukur dengan apa yang dimiliki sekarang. Jangan membazir makanan...




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Video : Jamah Kek Dari Tanah Lumpur Daeng Selili Rating: 5 Friday, 7 August 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!