Thursday, 20 August 2015

Vapor Lebih Selamat Dari Rokok?!


Pengguna rokok elektronik (vapor) perlu akur sekali gus mematuhi keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan penggunaannya di negara ini. Pendakwah, Datuk Mohd Kazim Elias berkata, keputusan itu disifatkan tepat dan berkemungkinan diputuskan selepas mengambil kira semua laporan daripada pihak yang terlibat.

"Majlis Fatwa Kebangsaan bukan keluarkan fatwa itu dengan sewenang-wenangnya.

"Sebaliknya, ia diputuskan selepas mengambil kira semua laporan daripada pelbagai pihak khususnya dari sudut kesan penggunaannya kepada kesihatan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika sidang media di Hotel Kinta Riverfront, di sini, hari ini.

Menurut beliau, meskipun wujud tanggapan bahawa penggunaan vapor lebih selamat berbanding rokok namun kesahihan berkenaan perkara itu masih belum dapat dipastikan.



"Walaupun ada yang kata ianya lebih selamat daripada rokok tetapi kesannya kepada pengguna, kesan adalah kesan, perkara itu tak dilihat dari sudut sikit atau banyak (mudarat)," katanya.

Beliau berkata, penjualan rokok di pasaran juga tiada kaitan dengan pematuhan hukum haram terhadap orang Islam sebaliknya ia bagi memenuhi keperluan bukan Islam.

"Betul rokok itu haram kepada umat Islam tetapi mungkin sebaliknya bagi orang bukan Islam dan disebabkan itu bagi saya, rokok masih dijual dipasaran," katanya.

Disoal tentang langkah membendung penularan penggunaan vapor khususnya di kalangan belia, Mohd Kazim berkata, fatwa yang dikeluarkan itu perlu diwartakan bagi membolehkan penguatkuasaan secara menyeluruh dibuat.

"Perlu gazet (warta) sebab tindakan penguatkuasaan hanya dapat dilakukan selepas sesuatu perkara atau masalah itu digazetkan secara rasmi sama ada diperingkat pusat mahupun negeri," katanya.

Terdahulu, penggunaan rokok elektronik atau vapor yang semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat pada masa kini, difatwakan sebagai haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.

Pengerusinya, Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Abd. Shukor Husin berkata, keputusan itu mengguna pakai hukum menghisap shisha yang telah diputuskan sebelum ini.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Vapor Lebih Selamat Dari Rokok?! Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 20 August 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!