Thursday, 13 August 2015

@TheRakyatPost "memutar-belitkan kenyataan saya" - Datuk Aziz Kaprawi


Umum ketahui bahawa objektif utama pemilihan UMNO ditangguh adalah untuk memberi fokus kepada Pilihan Raya Umum yang akan datang serta memberi lebih perhatian kepada ekonomi dan kesejahteraan rakyat.

Berikut adalah response Datuk Aziz Kaprawi merujuk kepada artikel berbaur fitnah didalam The Rakyat Post:


"Saya tidak pernah membuat kenyataan bahawa penangguhan Pemilihan Agung UMNO untuk mengelakkan Presiden UMNO digugurkan. Ini satu berita yang tidak benar. Saya kecewa apabila berita yang memutar-belitkan kenyataan saya" - Datuk Aziz Kaprawi

Sikap tidak bertanggungjawab The Rakyat Post dan wartawan mereka ini membuktikan The Rakyat Post tidak ada bezanya dengan Malaysiakini, The Malaysian Insider dan sebagainya yang hanya tahu membuat fitnah terhadap pemimpin negara yang telah dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi. - thekl-chronicle.

Sebuah portal yang menjadi rujukkan admin selama ini tiba tiba dilihat menjadi "batu api" dalam keadaan politik Malaysia hari ini. Mengapa perlu memutarbalikan fakta yang kita secara keseluruhan mengerti apa yang diputuskan penangguhan pemilihan UMNO adalah dari perbincangan dalaman oleh jemaah Majlis Tertinggi yang bersetuju akan perkara itu.

Kepada editor @TheRakyatPost seharusnya mengambil jalan mendamaikan semua pihak bukannya menangguk dia air keruh. Admin harap pihak @TheRakyatPost mengambil perhatian akan hal ini. Jangan jatuhkan kredibiliti anda!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
@TheRakyatPost "memutar-belitkan kenyataan saya" - Datuk Aziz Kaprawi Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 13 August 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!