Friday, 28 August 2015

"Saya tidak akan minta maaf pada DAP" - Abdul Aziz Kaprawi

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Abdul Aziz Kaprawi menegaskan beliau tidak akan sesekali membuat permohonan maaf seperti yang digesa DAP berikutan kenyataannya berhubung parti itu menerima bantuan daripada Yahudi.

Menurutnya, perkara tersebut adalah jelas dan umum mengetahui bahawa matlamat DAP untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan kerajaan adalah sama seperti matlamat

“Tidak, sebab benda ni memang jelas di mana elemen-elemen Yahudi untuk menjatuhkan Perdana Menteri dan kerajaan banyak membantu DAP, kita lihat balik laporan Wall Street Journal, New York Times, semuanya berpangkalan di New York, apa motif mereka untuk menuduh Perdana Menteri?

“Samalah juga dengan DAP, dan saya boleh rumuskan Yahudi bersekongkol dengan DAP dan ini memang kenyataan,” katanya ketika dihubungi BNBBC.my.

Terdahulu, media melaporkan yang Abdul Aziz dalam ucapannya mendakwa sumbangan RM2.6 oleh Arab Saudi kepada Perdana Menteri adalah untuk menangani strategi DAP yang dibiayai Yahudi.

Susulan daripada itu, Ahli Parlimen DAP Rasah, Teo Kok Seong disertai Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Ram Karpal Singh dan Ketua Pemuda DAP Subang, Edry Faizal Eddy Yusof membuat laporan di ibu pejabat Polis Dang Wangi.

DAP juga menuntut Abdul Aziz supaya membuat permohonan maaf kepada parti itu dengan Teo menafikan bahawa parti itu menerima dana daripada Yahudi sepertimana yang dikatakan Abdul Aziz.

“Ingin saya betulkan di sini, saya tak kata mereka (DAP) telah dibiayai Yahudi, tetapi saya kata elemen Yahudi itu membantu DAP, sama ada DAP minta bantuan Yahudi atau tidak, itu bukan soalnya, tetapi matlamat Yahudi itu secara terang membantu DAP dalam menjatuhkan Perdana Menteri dan kerajaan,” tegasnya.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
"Saya tidak akan minta maaf pada DAP" - Abdul Aziz Kaprawi Daeng Selili Rating: 5 Friday, 28 August 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!