Monday, 17 August 2015

Penjara 3 Tahun Keatas Xavier Andres Justo #1MDB #KekalNajib


Mahkamah di sini hari ini mengenakan hukuman penjara tiga tahun terhadap Xavier Andres Justo selepas mengaku bersalah tuduhan cubaan peras ugut bekas majikannya, PetroSaudi International.

Hakim yang membacakan hukuman itu menjelaskan, pengurangan penjara tiga tahun daripada enam selepas mengambil kira pengakuan itu.

Hukuman itu berkuat kuasa hari ini dan Justo, 48, yang digari kaki dan tangannya terus dibawa ke Penjara Bangkok.

Justo didakwa mengikut Seksyen 338 Kanun Keseksaan Thailand, iaitu cubaan peras ugut sabit kesalahan penjara maksimum 10 tahun dan denda 20,000 Bath.

Perbicaraan yang diadakan secara tertutup pada jam 9 pagi berakhir pada jam 12.15 tengah hari. Mengikut undang-undang Thailand, Justo masih mempunyai peluang merayu sabitan hukuman itu. - sumber

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Penjara 3 Tahun Keatas Xavier Andres Justo #1MDB #KekalNajib Daeng Selili Rating: 5 Monday, 17 August 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!