Tuesday, 18 August 2015

Mat Sabu Pujuk Anak Nik Aziz Menyertai #GerakanHarapanBaharu #BaruaDAP

Pengerusi Gerakan Harapan Baharu (GHB) Mohamad Sabu akan menghantar wakilnya bagi bertemu Nik Omar Nik Mat anak bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang dikatakan akan menyertai gerakan itu dalam masa terdekat.

Mohamad berkata buat masa ini beliau tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung hasrat Nik Omar, anak kedua bekas Menteri Besar Kelantan itu.

"Kita (GHB) akan periksa dan rakan kita akan buat pengesahan dan bertemu beliau," katanya ketika ditemui pemberita selepas majlis pelancaran GHB Selangor di sini, malam tadi.

Mohamad berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi kononnya Nik Omar akan menyertai GHB.

Bagaimanapun, laporan media hari ini menyebut Nik Omar menafikan dakwaan yang tersebar di laman sosial berhubung perkara itu, yang timbul ekoran tersebarnya gambar beliau bersama Pengerusi GHB Kelantan Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah pada satu majlis.

Mohamad berkata GHB bersikap terbuka untuk menerima sesiapa sahaja termasuklah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan anggota Majlis Syura Ulama PAS.- BERNAMA




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Mat Sabu Pujuk Anak Nik Aziz Menyertai #GerakanHarapanBaharu #BaruaDAP Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 18 August 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!