Thursday, 6 August 2015

Kanak Kanak 11 Tahun Lahirkan Bayi Di Negeri Sembilan

BAHAU, Negeri Sembilan. 
Seorang budak perempuan berusia 11 tahun barangkali menjadi ibu termuda di negara ini apabila dia melahirkan seorang bayi lelaki di sebuah klinik swasta dekat sini pada pagi Rabu.

Ketua Polis Daerah Jempol, Superintendan Hamzah Alias berkata nenek kepada budak perempuan tersebut membawanya ke sebuah klinik swasta apabila cucunya itu mengadu sakit perut.

Neneknya terkejut apabila dimaklumkan oleh doktor bahawa budak perempuan itu sebenarnya mengalami sakit hendak bersalin.

“Siasatan awal mendapati budak perempuan itu tinggal bersama ibu bapanya di Bahau. Kami sedang menyiasat perkara itu,” katanya. - sumber

*Gambar Hiasan

Nauzubillahiminzalik, "jika tidak ada angin masakan pokok bergoyang" Kepada para ibu bapa mohon beri perhatian akan keadaan zaman ini. 

Jika bukan ibubapa siapa lagi yang akan menjaga dan mendidik anak anak ini, keraplah memerhatikan mereka, dengan siapa kawannya didalam media sosial dan persekitaran. Selalu periksa telefon mereka dengan siapa mereka berhubung dan apa tatapan mereka di skrin layarnya.

Kisah ini bukanlah sesuatu yang membanggakan ibubapa dan negara akan tetapi ini adalah satu petanda bertapa mudahnya fitnah, jenayah dan kekhilafan mudah belaku. Sama sama kita ambil iktibar...

Wallahualam..

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Kanak Kanak 11 Tahun Lahirkan Bayi Di Negeri Sembilan Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 6 August 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!