Wednesday, 19 August 2015

Emas Jepun Ditemui Di Kunak Sabah?



Polis hari ini menafikan dakwaan menerusi aplikasi WhatsApp kononnya seorang pekerja ladang menemui emas di sebuah terowong tanah kira-kira 12 kilometer dari pekan Kunak. 

Ketua Polis Daerah Kunak, Superitendan Ab Rashid Abdullah berkata, pihaknya telah membuat siasatan terhadap perkara itu dan mendapati berita itu adalah palsu, direka oleh pihak tidak bertanggungjawab. 

"Saya telah arahkan pegawai untuk ke kawasan itu untuk menyiasat...kita meminta orang ramai tidak terpedaya dengan maklumat tidak benar itu," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini. 

Hari ini, orang ramai tertanya-tanya berikutan penyebaran berita tersebut. 

Terowong tanah sepanjang lapan kilometer dengan empat cabang yang terletak di ladang Sime Darby itu, dipercayai digunakan oleh tentera Jepun sebagai laluan rahsia untuk mengangkut serta menyimpan peralatan perang semasa Perang Dunia II. - Bernama




Admin tertarik dengan penulisan dari seorang bekas anggota keselamatan berkenaan perkara ini.

NOTA PENULIS : SAYA LIHAT RAMAI YANG BERANGGAPAN KEWUJUDAN HARTA KARUN ADALAH KARUT, INI MELAMBANGKAN BERTAPA RAMAI RAKYAT MALAYSIA TIDAK TERDEDAH DENGAN PERKARA MACAM INI. KALAU KARUT, SIA-SIALAH DALAM AKTA WARISAN KEBANGSAAN ADA MENYENTUH BAB HARTA KARUN (PINDAAN 1952)

1. Saya menulis artikel ini berikutan pendedahan meluas yang diterima oleh sebilangan rakyat Malaysia disebabkan oleh meletusnya isu kedudukan harta karun dalam bentuk jongkong-jongkong emas di Pulau Nangka yang mencecah sehingga berbilion ringgit.

2. Emas atau harta karun bukan perkara baru kepada saya, cuma saya rasa bertanggungjawab untuk mendedahkan serba sedikit mengenai kedudukan harta-harta karun yang wujud di Tanah Melayu ini sesuai dengan peredaran zaman.

3. Saya tidak mahu menyentuh tentang kedudukan harta karun yang wujud sejak dari zaman Nabi Sulaiman atau teknologi pembuatan emas oleh Nabi Musa, sebaliknya artikel ini secara khusus akan menyentuh tinggalan emas atau harta karun yang cuba dilarikan pihak penjajah khususnya Jepun.

4. Saya anggarkan bahawa tinggalan emas milik Jepun yang dikawal selia oleh Harimau Malaya iaitu Jeneral Yamashita yang duduk di bawah organisasi Golden Lily mencecah sehingga 6,000 tan emas di sekitar Tanah Melayu dan Sabah.

5. Sebagai bandingan, rizab emas Bank Negara Malaysia yang disimpan di bawah bilik-bilik rahsia di bawah sungai Kelang hanya mencecah setakat 36 tan sahaja pada tahun 2013. Satu jumlah yang sangat kecil dan boleh dimuatkan ke dalam ruang simpanan sebuah kenderaan sebesar van Perodua Rusa.

6. Jumlah yang tidak memadai dengan gelaran yang diberikan kepada Tanah Melayu iaitu Semenanjung Emas.

7. Sebagai perbandingan juga, Indonesia mempunyai rizab emas sebanyak 78 tan, Singapura 127 tan dan negara-negara maju seperti China mempunyai kekuatan emas berjumlah 1,054 tan dan Amerika Syarikat sebanyak 8,133 tan (dipercayai sekarang sifar).

8. Jadi bayangkan kekuatan negara jika separuh dari jumlah 6,000 tan emas ini boleh dicari dan dicairkan oleh Bank Negara Malaysia, kita mungkin menjadi antara 8 negara terkuat di dunia jika memiliki lebih dari 1,000 tan emas dan itu belum disokong oleh pelbagai rizab lain seperti bon dan simpanan tunai negara-negara asing.


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Emas Jepun Ditemui Di Kunak Sabah? Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 19 August 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!