Thursday, 13 August 2015

Bukan Islam Juga Serta #DoaUntukMalaysia

Bukan hanya program untuk orang Islam... sebaliknya 'Doa untuk Malaysia' sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2015 bakal disertai penganut-penganut agama lain. Cuma ia dilakukan berasingan di rumah ibadat masing-masing di sekitar Lembah Klang.

Penyelaras program itu K. Lechmanan berkata Malaysia terdiri daripada masyarakat pelbagai bangsa dan agama, yang memerlukan mereka untuk bersama-sama mendoakan keselamatan dan kemakmuran negara.



"Kita mahu memohon agar perpaduan negara terpelihara dan keharmonian negara dikekalkan," katanya.

Program itu, yang dianjurkan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) dengan kerjasama Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Yayasan Pendidikan Cheras, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM), dijadual bermula pada 7 petang di Dataran Merdeka pada Sabtu ini.


Lechmanan berkata upacara doa bagi penganut-penganut agama lain diadakan lebih awal dengan upacara bagi penganut Hindu diadakan pada 7 petang Jumaat ini di Kuil Sri Muthu Mariamman, Jalan Pantai Dalam, di sini.

Bagi penganut Kristian, upacara itu diadakan pada 6.30 petang hingga 8 malam Ahad ini di Grace Charismatic Fellowship Taman Sri Muda Shah Alam.

Upacara doa penganut Buddha diadakan dari 7 petang hingga 9 malam pada 28 Ogos ini di Sentul Buddhist Temple, Jalan Sentul.

Penganut Sikh pula akan mengadakan upacara itu dari 7.30 petang hingga 9.30 malam pada 30 Ogos ini di Gudwara Sahib Selayang Baharu, Batu Caves. - 12/8/2015




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Bukan Islam Juga Serta #DoaUntukMalaysia Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 13 August 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!