Sunday, 30 August 2015

#BERSIH4 Untuk Sorok Kehancuran Pembangkang!

Pe­nganjur dan peserta yang menyertai perhimpunan haram Bersih 4.0 disifatkan hanya memen­tingkan diri sendiri kerana tindakan mereka telah menyusahkan orang ramai untuk menjalankan aktiviti harian.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan berkata, mereka seharusnya mempertimbangkan perkara itu sebelum memutuskan mengadakan perhimpunan haram tersebut.

“Saya terkilan kerana penganjur tetap berdegil meneruskan perhimpunan ini walaupun telah diisytiharkan haram oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana gagal mematuhi peruntukan di bawah Akta Perhimpunan Aman 2012.

“Mereka seharusnya memilih lokasi dan masa yang sesuai contohnya seperti di dalam stadium kerana tidak mengganggu lalu lintas dan menjejaskan peniaga,” katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini hari ini.

Dalam pada itu, Nadzim bimbang perhimpunan yang diadakan itu akan menggalakkan berlakunya lebih banyak perhimpunan pada masa akan datang.

Sementara itu, Presiden Gabu­ngan Persatuan-Persatuan Peniaga dan Penjaja Kecil Wilayah Persekutuan (1Malaysia), Datuk Rosli Sulaiman berkata, pihaknya me­nerima maklum balas bahawa ter­dapat peniaga yang terpaksa menutup perniagaan sepanjang perhimpunan diadakan.

“Kebanyakan mereka menutup kedai masing-masing kerana takut perhimpunan haram ini mengundang bahaya dan mengancam keselamatan sehingga boleh menyebabkan mereka kerugian jika berlaku kekecohan.

“Penganjur perhimpunan haram ini seharusnya lebih peka soal kemasyarakatan dan persekitaran. Jangan mementingkan diri sendiri sehingga peniaga terpaksa menutup perniagaan dan menyebabkan kesesakan lalu lintas,” katanya.


Pengarah Komunikasi dan Biro Hubungan Awam MIC, Datuk Seri S. Vell Paari pula berkata, perhimpunan tersebut bukan membawa negara ke arah yang lebih baik atau maju, sebaliknya memburukkan imej Malaysia di mata dunia.

Katanya, tindakan pihak pembangkang menggunakan ma­syarakat untuk menjayakan agenda politik kotor mereka tidak akan berjaya dan hanya menambah masalah yang ada di dalam pakatan pembangkang.

Vell Paari menyatakan pihak pembangkang sengaja mengalihkan pandangan rakyat terhadap masalah dalaman yang dihadapi mereka dengan menganjurkan Bersih 4.0.

Jelas beliau, arus politik pakat­an pembangkang kini sema­kin kritikal dan mereka cuba me­­nyembunyikannya daripada rak­yat. - Utusan

DS :- Semua sedia maklum dengan keadaan semasa yang Pakatan Rakyat (DAP/PAS/PKR) sudah berkubur sepertimana juga terperuknya bekas Ketua Pembangkang Malaysia (Penjara Sungai Buluh). DAP dengan mengunakan segala kerahan dan perancangan yang rapi untuk menutup perpecahan antara parti pakatan dihadapan Rakyat dengan menghalakan api kebencian dan mendakwa ini adalah kegagalan kerajaan hari ini.

PAS yang majoritinya Melayu tidak turut sama dalam #BERSIH4 kali ini kerana berpegang kepada Presidennya TG Hadi Awang. Ini menimbulkan keluh resah dikalangan beberapa individu yang kecewa pada pemilihan PAS yang lepas mewujudkan satu Gerakan Harapan Baru yang mesra DAP.

Dari GHB inilah DAP cuba menyalurkan dana untuk menarik para pendemonstrasi ke Dataran Merdeka, sedangkan ia menerima kritikkan yang jelas tidak mendapat sokongan orang Melayu secara total.

Yang ada di #BERSIH4 hari ini dan semalam hanyalah segelintir Melayu (majoriti cina) yang berada dalam DAP dan selebihnya hanyalah askar upahan yang menerima imbuhan sebanyak RM300 sehari sebagai duit tambang untuk memberi makan kepada anak isteri dirumah. Kerja muda, pakai baju, berjalan sambil menjerit dan balik.




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
#BERSIH4 Untuk Sorok Kehancuran Pembangkang! Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 30 August 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!