Tuesday, 7 July 2015

Tuduhan Ke Atas Najib Razak Masih Gosip Tanpa Bukti #1MDB #KekalNajib

Dokumen-dokumen yang diterbitkan oleh Wall Street Journal hari ini langsung tidak menunjukkan kehadiran nama Mohd Najib Razak pada akaun terbabit yang sengaja dipadamkan.

Jika benar ia akaun Mohd Najib Razak mengapa ia perlu digelapkan? Jika sebelum ini Wall Street Journal memaparkan keseluruhan nombor akaun bank yang dikatakan milik Mohd Najib mengapa hari ini menggelapkannya?

Jika dokumen tersebut dari sumber penyiasatan Malaysia mengapa sumber tersebut menggelapkan nama dan nombor tersebut sedangkan ia mahu menjatuhkan Mohd Najib?

Apakah kerana ia tidak terkait dengan Mohd Najib maka ia perlu dihitamkan?

Malahan lebih mengejutkan, tuduhan bahawa ia akaun peribadi Mohd Najib tetapi terdapat terlalu banyak orang yang mengendalikannya. Bagaimana ia satu akaun peribadi jika ada beberapa orang boleh mengeluarkan wang atau melakukan transaksi?

Lihat surat Nik Kamil kepada Pengurus Ambank. Beliau melantik seseorang lain pula sebagai pengendali akaun terbabit apabila beliau dan pemegang akaun utama tiada dalam negara. [artikel penuh]

*grafik ditarik balik*


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Tuduhan Ke Atas Najib Razak Masih Gosip Tanpa Bukti #1MDB #KekalNajib Daeng Selili Rating: 5 Tuesday, 7 July 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!