Wednesday, 15 July 2015

Tipikal Melayu : Pantang Sado, Dicop GAY!

Dalam masyarakat hari ini, ramai remaja lelaki lebih menitik-beratkan aspek penampilan diri berbanding remaja puluhan tahun dulu.

Disebabkan itu, rangkaian penjagaan diri lelaki bermula dari memiliki kulit yang cantik, fesyen rambut yang bergaya kepada macam-macam yang lain mendapat pasaran yang meluas pada masa kini.

Salah satu aspek penampilan diri yang banyak diberikan perhatian remaja lelaki ialah memiliki badan yang cantik.

Istilah yang digunakan untuk mencerminkan lelaki berbadan tegap dan mempunyai otot berbentuk ialah sado.

Perkara yang menjadi persoalan ialah entah mengapa, bagi sesetengah pihak, lelaki berbadan sado sering kali dilabel sebagai gay.

Dari mana timbulnya persepsi itu sukar untuk dinyatakan secara tepat melainkan kalau kita membuat spekulasi sendiri iaitu ramai lelaki gay berbadan seperti itu.

Pandangan seumpama itu dibantah dengan tegas oleh seorang model dari Thailand dikenali sebagai Reen Syahreen (Shahz).

Berkongsi pendapat dengan Mynewshub melalui fanpage di Facebook, Shahz berkata, segelintir wanita mempunyai kecenderungan untuk memberikan label yang demikian kepada lelaki berbadan tegap.

Manakala lelaki kurang sedikit persepsi negatif seperti itu terhadap lelaki lain katanya. Pada beliau, label gay kepada lelaki sado sebenarnya satu bentuk pemikiran yang negatif. Menurut Shahz, ramai lelaki normal yang bersungguh memiliki badan sado semata-mata kerana minat dan mahu menarik perhatian wanita adakalanya.

“Ada lelaki pergi gym sebab nak jadi hero untuk perempuan apabila lelaki lain kacau ataupun ada orang jahat,” katanya.

Kata beliau, aktiviti di gym juga adalah sesuatu yang sihat dan seharusnya digalakan dan bukan diberikan label yang salah kepada yang rajin ke sana. Mengulas mengenai kesungguhan remaja yang mahu memiliki badan yang tegap, Shahz menasihatkan kepada mereka agar berpegang kepada disiplin dan kerja keras untuk berjaya.

(Model Thailand) Encik Shahz

Jelasnya, ramai yang bermula dengan semangat hangat-hangat tahi ayam dan berakhir dengan malas hendak ke gym. Lagi parah, ada yang mengambil bahan kimia terlarang sebagai jalan pintas untuk mendapat badan sado.

Untuk jangka pendek, kaedah itu memang senang dan pantas, namun untuk jangka panjang ia boleh merosakan tubuh badan mereka yang mengambil pendekatan seperti itu katanya.

“Nasihat saya kepada orang ramai jangan ambil supplemen yang boleh merosakkan tubuh badan, ambil supplemen yang mempunyai bahan organik dan semula jadi.

“Jangan paksa tubuh badan kita untuk menjadi sado kerana ia boleh memudaratkan kesihatan tubuh badan, buatlah secara semulajadi, amalkan minum air kosong 8 gelas sehari dan banyakkan makan makanan yang sihat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran,” katanya. - mynewshub




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Tipikal Melayu : Pantang Sado, Dicop GAY! Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 15 July 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!