Thursday, 2 July 2015

SELOROH Isteri Berakhir Berbuka Puasa Dengan Penumbuk

Seorang suri rumah berbuka puasa dengan ‘penumbuk’ apabila dibelasah suaminya yang mengamuk secara mendadak.

Dalam kejadian jam 7.30 malam kelmarin, mangsa berusia 45 tahun dipukul suaminya di kediaman mereka di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Rejang, Setapak di sini.

Lebih memilukan apabila kejadian berlaku ketika mangsa dan seorang anaknya menikmati juadah berbuka puasa bersama-sama.

Sumber berkata, mangsa pada mulanya hanya berseloroh bertanyakan hutang suaminya berjumlah RM2,000 yang belum dilunaskan.

“Bagaimanapun suspek tidak berpuas hati dan terus memaki hamun mangsa. Tidak cukup dengan itu, suspek melepaskan tumbukan tepat mengenai bibir mangsa yang ketakutan,” katanya.

Bagaimanapun, tindakan ganas suspek sempat dihalang anak mangsa yang turut menyaksikan kejadian itu.

“Tindakan suspek dileraikan anak lelaki mangsa berusia 17 tahun. Suspek segera meninggalkan rumah itu. Mangsa segera dibawa ke klinik bagi menerima rawatan sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Wangsa Maju di sini,” katanya.

Difahamkan suami mangsa kerap meminjam wang daripada isterinya dengan memberi alasan kesempitan wang selain berjanji membayar semula apabila mendapat gaji.

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Wangsa Maju ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut dijalankan. - HM

Gambar hiasan

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
SELOROH Isteri Berakhir Berbuka Puasa Dengan Penumbuk Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 2 July 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!