Wednesday, 29 July 2015

Punca Ramai Tangguh Niat Kahwin!

Berkenalan sudah, berkawan sudah, bercinta pun sudah. Jadi bila nak kahwin? 

Gulp! Rata-rata memang menelan air liur apabila sebut tentang kahwin. Memang teringin nak kahwin tetapi menelan air liur dan lap peluh di dahi apabila mengenangkan belanja kahwin yang tinggi. Ini biasanya di alami oleh orang lelaki. Jika jumpa bakal pasangan yang memahami, sama-sama termenung nak solve hal ini.

Ramai orang ingat masalah belanja kahwin tinggi ini hanya berlaku pada orang Melayu sahaja. Sebenarnya ia turut berlaku pada kaum Cina, India dan lain-lain. Ini diakui oleh seorang pegawai bank yang menyatakan tiada beza soal kaum apabila mahu meminjam wang untuk kahwin. Bakal pengantin biasanya membuat pinjaman peribadi di antara RM10,000 hingga RM50,000.

Menurut perancang majlis perkahwinan, belanja kahwin bagi orang Malaysia adalah di antara RM50,000 hingga RM80,000 untuk majlis di rumah dan jumlahnya meningkat kepada RM300,000 hingga jutaan ringgit sekiranya majlis dilakukan di hotel 5 bintang. Ini adalah pecahan perbelanjaan kos perkahwinan:


Apa Punca Belanja Kahwin Mahal?

Leticia Hsu, president dan co-founder Association of Wedding Professionals (AWP) menyatakan “To beat the ‘competition’, membuatkan bakal pengantin dan ibu bapa mereka mahu menyediakan sebuah majlis perkahwinan yang unik, istimewa dan mesti lebih baik dari majlis-majlis perkahwinan orang terdahulu agar kelihatan gah dan diperkatakan oleh orang ramai.

Gara-gara menjaga status dan air muka di depan sanak saudara dan rakan taulan, majlis kahwin dibuat secara grand (besar-besaran) bagi meraikan raja sehari walaupun hakikatnya raja sehari itu bakal jadi hamba hutang selama 5 – 20 tahun. Yang lebih tragik, hutang di bank belum habis dilangsaikan, perkahwinan pula menuju ke gerbang perceraian. Semuanya kerana masalah kewangan yang menjadi isu di antara pasangan. Rasa tertekan dengan hambatan hutang hingga nak bersama jadi masalah.

Ada juga pasangan yang mahu bersederhana dalam penyediaan majlis perkahwinan mereka tetapi atas faktor desakan keluarga terutama dari ibu bapa, membuatkan mereka menurut kemahuan tersebut meskipun terpaksa berhutang dengan pihak bank. Ada juga ibu bapa yang mahu bersederhana tetapi anak mereka pula mahu menunjuk-nunjuk pada sanak saudara dan rakan taulan.

Tetapi tak mustahil ada perkahwinan yang dijalankan dalam bajet yang berpatutan apabila pasangan dan ibu bapa capai kata sepakat mahu bersederhana. Ini biasanya berlaku pada pasangan yang masih belajar atau baru bekerja yang mahu mendirikan rumah tangga. Ibu bapa pula mahu anak mereka terlindung dari perbuatan maksiat dan gejala sosial. Lalu dikahwinkan dalam kesederhanaan dan menyempurnakan perkara yang wajib dalam perkahwinan. Maknanya, perbelanjaan kos perkahwinan itu boleh dibuat dalam keadaan bersederhana dan mampu sekiranya benar-benar mahu!

Apakah pilihan anda? Mahu gah sehari dan jadi hamba hutang berpuluh tahun? Atau bersederhana dan hidup selesa tanpa hutang majlis raja sehari?

Tepuk poket, tanya diri.







للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Punca Ramai Tangguh Niat Kahwin! Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 29 July 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!