Wednesday, 22 July 2015

Polis Tangkap Papagomo Perak

Pemilik laman Facebook 'Papagomo Original', yang menuduh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar kerana meminta rasuah berhubung rusuhan di Plaza Low Yat, telah ditangkap.

"Syabas Jabatan Siasatan Jenayah D5 berjaya tangkap Papagomo Original di Perak," tulis beliau dalam Twitternya.

Sebelum itu, beliau juga menafikan berkomunikasi dengan 'Papagomo Original'.

"Saya tak ada whatsapp dengan dia. Itu fitnahnya. Saya menafikan (bahawa) saya pernah berwhatsapp dengan orang ini ataupun beruk ini," katanya kepada wartawan di Shah Alam pagi ini.

Beliau turut menjelaskan bahawa pegam kepada penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris, yang menguruskan blog asli Papagommo, telah membuat laporan polis menafikan anak guamnya mempunyai kaitan dengan laman 'Papagomo Original'.

"Peguamnya telah buat laporan. Kita sedang menyiasat tuan punya (Papagomo Original). Biarlah kami menyiasat," katanya. -  Lu Wei Hoong (mkini)

Gambar Hiasan

Pembangkang hari ini cukup alegik dengan nama papagomo lantaran pendedahan yang sebelum ini yang pernah melibatkan blog papagomo sebelum ini sehinggakan ketua pembangkang DSAI menyaman pengendali blog tersebut apabila gagal mempertahankan diri dalam tuduhan yang ditulis didalam blog tersebut.

Lantaran insiden di Lowyat tempoh hari, individu yang kononnya pengendali blog papagomo ditahan kerana didakwa menyebarkan berita yang berunsur hasutan (mengikut Polis) dan secara tiba tiba wujud id facebook pages "Papagomo Original" yang menabur fitnah secara tidak langsung terus dikaitkan dengan Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Pembangkang sedang bermimpi buruk..




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Polis Tangkap Papagomo Perak Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 22 July 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!