Friday, 31 July 2015

Petua dan Cara Cara Elak Disantau #info #sihir #petua

PERMAINAN SANTAU

Santau adalah salah satu permainan sihir kuno yang melibatkan racun dan pemujaan.

Kombinasi kedua-dua kaedah ini adalah bertujuan untuk melemahkan musuh dari dalam kemudian melumpuhkan sistem tubuh seterusnya mati dalam keadaan terseksa jika tidak dirawat sehingga pihak yang mengenakan santau ini boleh menyerang atau menguruskan agenda mereka secara mudah.

Pantang dalam permainan santau ini atau bahasa mudahnya 'pematah' amat dijaga oleh pengamal santau.


'Ibu santau' yang berisi bahan-bahan berbisa dipuja setelah 'ekor santau' atau 'anak santau' di'tanam' ke dalam tubuh pesakit samada melalui makanan atau dihantar melalui angin.
Antara yang menggalakkan permainan santau semakin mengganas adalah apabila proses pengubatan santau dilakukan secara terbuka
dan didedahkan kepada orang awam, kerana hal ini berkaitan dengan ANGIN dan NAFAS.

Jika dilakukan secara terbuka, maka yang menerima kesannya adalah pesakit kerana terpaksa menanggung kesakitan, setiap kali ditepuk di belakang (belikat) atau dijentik pada jari pesakit, maka pesakit akan memuntahkan benda-benda yang pelik seperti mata pisau, paku karat yang bengkok dan sebagainya, yang sebenarnya semua benda itu adalah dihantar melalui angin akibat pemujaan pada ibu santau dan angin tersebut bergaul dengan angin dari mulut pesakit yang berlendir, maka ternampaklah akan kita ianya keluar dari mulut pesakit, ini dipanggil sihir takhayyul. 

Pesakit akan menderita sakit kerana selain ibu santau dipuja dengan diletakkan mata pisau, paku dan sebagainya, sewaktu proses rawatan dilakukan, antak (gelaran tukang santau) akan menarik getah yang diikat dikakinya sebagai tanda menarik urat tekak pesakit supaya muntah dan kesakitan, oleh kerana itu, pesakit santau yang melibatkan muntah keluar melalui mulut mereka, selepas muntah tekak mereka seperti terbakar dan pedih.

Oleh kerana itu, proses pengubatan santau yang menjadi amalan guru-guru tua adalah dilakukan secara tertutup dan ditemani oleh ahli keluarga yang boleh dipercayai dan ianya tidak melebihi dari 5 orang sahaja. Penerangan secara lanjut adalah pada kuliah Santau dan Racun.

Antara yang menjadi pantang kepada pengamal santau adalah:

1) Dilarang menyantau mereka yang kakinya sedang bersilang
2) Dilarang menyantau mereka yang sedang menongkat lidah
3) Dilarang menyantau mereka yang sedang membersihkan diri (samada mandi atau berwudhuk)
4) Dilarang menyantau mereka yang sedang membuang air (air besar atau air kecil)
5) Dilarang menyantau mereka yang sedang berkaki ayam dan berpijak di atas bumi (tanah).

Dan banyak lagi pantang pengamal santau yang tidal dapat dikongsi sepenuhnya di sini, nanti 'hangin' pula pengamal santau pasal pecah lubang mereka. 

Adapun, santau ini adalah antara penyakit berbentuk ghaibiyyah yang perlu dielak, kerana jika ekor atau anak santau telah ditanam ke tubuh, maka proses rawatan agak memakan masa apatahlagi jika ianya sudah lebih dari sebulan menyerang.

Antara petua atau amalan untuk mengelakkan santau :

1) Sebelum keluar rumah, bayangkan diri dari kepala sampai ke kaki, jika bayangan agak samar-samar, maka, ambil masa dalam kurang seminit duduk sebentar atau lebih baik berwudhuk.

2) Sebelum hendak makan atau minum air, gunakan jari telunjuk meniti dibibir pinggan atau cawan, arah lawan jam, sambil mengucapkan Dua Kalimah Syahadah (dalam hati) dan apabila sampai pada kalimah ALLAH dan Muhammadun, jari diketuk perlahan pada bibir pinggan atau cawan. Jika ada racun atau santau di dalamnya, lazimnya, makanan tersebut akan berulat atau membusuk, paling tidak, kita akan merasa pening atau loya. Pinggan atau cawan meletup? Itu juga harus berlaku, tetapi fenomena pinggan atau cawan meletup ini banyak faktor, bukan tertakluk pada sihir santau semata-mata, ada juga melibatkan masalah untuk aibkan tuan kedai atau tuan rumah, maka tukang sihir akan mengetuk tempurung pada kayu, isyarat untuk memalukan tuan kedai atau tuan rumah, sebagai makluman bahawa tuan kedai atau tuan rumah ada niat tidak baik.

3) Sapukan minyak zaitun ke belakang leher setiap kali sebelum keluar rumah, petua ini antara yang ampuh (BiiznILLAH) dalam mengelakkan sihir berbentuk santau, busung, pukau dan seangkatan dengannya.

Dan banyak lagi petua Ulama serta Tobib terdahulu berkaitan dengan permainan sihir dan sebangsa dengannya.

Dalam menilai masalah santau ini, penelitian amat diperlukan, kerana tidak mudah dan sewenangnya meletakkan dakwaan bahawa seseorang itu telah disantau. Kekadang mereka mengalami masalah bronkitius, juga simptomnya seakan-akan santau. Jadi, penelitian amat penting.

Paling utama, taqarrub kepada ALLAH, ikut segala suruhan ALLAH dan Tinggalkan segala larangan ALLAH. InsyaALLAH, diselamatkan kita dan keluarga kita dari segala anasir yang bathil.

Cukup dahulu perkongsian ringkas mengenai permainan santau. InsyaALLAH maklumat lanjut akan dikongsikan di dalam Kuliah Racun dan Santau disember 2013 ini.

Wallahualam...Wassalam.. - Ust. Wan Asrul Al Aydrus -



Lagi petua :

Meminimumkan Gangguan Semasa Tidur

Biasakan bangun awal pada waktu pagi kerana boleh menyebabkan seseorang itu cepat merasa mengantuk pada waktu malam. Lakukan senaman kerana ia menjadikan seseorang itu cepat letih dan mengantuk. Hilangkan segala masalah dengan mempraktikkan hobi anda seperti membaca, bermain atau berjenaka dengan anak dan isteri. Ingatlah Allah sebelum tidur dan bertawakal kepada Nya setelah kita yakin dengan segala kerja disiang hari itu adalah ibadat.

Menghilangkan Sakit Kepala

Ambil sebiji bawang putih, hiris nipis dan tampal pada kiri dan kanan pelipis. Bawang tadi akan menyedut bisa pada kepala tadi dan biarkan semalaman. Hirisan bawang tadi akan tanggal sendiri apabila mengering dan sakit akan beransur hilang. Pelipis akan berwarna merah kehitaman tetapi akan mengelupas dalam sehari dua.

Wallahualam...Wassalam..


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.

Petua dan Cara Cara Elak Disantau #info #sihir #petua Daeng Selili Rating: 5 Friday, 31 July 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!