Monday, 6 July 2015

Perak Sokong Najib Ambil Tindakkan Undang Undang!

Lantaran kekecohan yang hari ini dicetuskan oleh portal dan facebook (individu individu tidak berwajah) dan berniat jahat terhadap kerajaan dan PM Malaysia, Badan Perhubugan UMNO Negeri Perak sepakat (full support) memberikan kepercayaan dan teguh bersama kepimpinan PM agar UMNO Perak turut sama mengharungi spekulasi yang menfitnah pucuk pimpinan negara agar dapat mengheret "jemuan dan hantu raya" ini kemuka pengadilan.



Berikut adalah kenyataan media Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak yang bermesyuarat petang tadi (semalam) di Ipoh.

Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak yang bermesyuarat pada hari ini memandang serius perkembangan muktakhir yang bersifat serangan terancang dan bertali arus kepada kepimpinan parti dan negara.

Tuduhan-tuduhan keterlaluan ini bertujuan untuk menjejaskan kepercayaan rakyat kepada parti dan negara serta usaha untuk mensabotaj ekonomi negara dengan memberikan imej negatif kepada kerajaan dan kepimpinan di kalangan para pelabur.

Sehubungan itu Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak berpendirian sudah sampai masanya tindakan perundangan diambil terhadap pihak-pihak terbabit yang terus menerus menyebarkan laporan mengelirukan dan berniat jahat.

Justeru, Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak menyokong pendirian Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib Tun Abd Razak yang akan mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak-pihak yang terbabit.

Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak berpendirian, segala tuduhan dan laporan yang diterbitkan perlu disiasat secara terperinci dan telus bagi menjamin kewibawaan dan integriti kepimpinan, kerajaan dan parti.

Sesuai dengan pendirian Perdana Menteri yang mendukung tinggi ketelusan, siasatan pasukan khas yang melibatkan Bank Negara, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di bawah seliaan Peguam Negara, diharapkan dapat merungkai permasalahan dan menjernihkan suasana.

Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak turut mendesak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk membuat pemantauan laporan dan pengaliran maklumat yang bersifat serangan-serangan peribadi dan berunsur sabotaj di laman-laman media sosial yang boleh mencetuskan keresahan di kalangan rakyat.

Mesyuarat turut melahirkan harapan agar semua pihak bertenang dan memberikan ruang kepada proses siasatan berjalan dan tidak terburu-buru untuk menjatuhkan hukuman.

Dato Seri DiRaja Dr. Zambry Abd Kadir Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Perak 5 Julai 2015

(Kenyataan media ini turut ditandatangani Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri Negeri Perak)




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Perak Sokong Najib Ambil Tindakkan Undang Undang! Daeng Selili Rating: 5 Monday, 6 July 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!