Monday, 27 July 2015

Jadi Babi Untuk Mengalahkan Harimau. #KekalNajib


"Mengalah untuk menang"

Seringkali kita dihadapkan tuntutan pelanggan yang begitu besar dan tidak masuk akal. Tentunya hal ini membuat kita perlu bersabar dan belajar mengendalikan emosi. Bayangkan bila kehilangan satu pelanggan beerti Anda kehilangan banyak peluang di masa yang akan datang. Langkah seperti ini adalah strategi "mengalah untuk menang." Ada peribahasa China mengatakan, ”Berpura-puralah jadi babi untuk mengalahkan harimau.”

"Mengalah untuk menang" tidak sama dengan menyerah sebelum berperang, atau pasrah tanpa menentang. Mengalah untuk menang haruslah dilandasi dengan game dan taktik yang pada akhirnya bertujuan menghasilkan output terbaik. Prinsip mengalah untuk menang dalam bidang dunia. 

Contohnya : Berlumba memberikan harga yang lebih murah kepada pengguna, produk yang lebih baik, pelayanan yang lebih berkualiti dan lain lain.

Mengapa belaku demikian? Memberikan harga yang lebih murah daripada pesaing bermakna bahawa kita telah mengorbankan potensi pendapatan yang lebih besar . Seandainya kita berkeras tidak merendahkan harga, mungkin pendapatan / outcome kita tidak berubah kepada yang lebih baik, bahkan dua kali lipat daripada saat ini. 

Sebenarnya menang untuk kalah atau mengalah untuk menang adalah pilihan. Tapi perbezaannya sangat jelas: "menang untuk kalah" ertinya berupaya menyelup pendapatan sebesar-besarnya di awal tanpa pemikiran nasib jangka panjang kerja sama dengan pelanggan. Sementara "mengalah untuk menang" adalah satu tindakkan yang mendapatkan keuntungan sedikit demi tetapi dalam tempoh yang panjang.

Prinsip mengalah untuk menang bahasa baranya ialah lose to win. A. Adji Watoko  didalam buku berjudul Advertising That Makes Money mengatakan, ”Jadikan lose to win sebagai sebahagian strategi mencapai impian besar.

Lose to win adalah senjata untuk memenangkan pertempuran jangka panjang.” Donald Trump berujar, “Terkadang kita harus kalah berperang untuk mendapatkan cara baru, guna memenangkan pertarungan lainnya.”

AirAsia berani menetapkan tambang lebih murah, sehingga pelajar, petani, peternak, dan orang-orang yang berpendapatan rendah tidak mampu menaiki pesawat. Kini mampu kemana sahaja dengan AirAsia. (Hingga MAS pun boleh tutup?)

Di dalam kategori lain pula, pengeluar Yamaha Motor rela menetapkan harga motorsikalnya lebih rendah dibandingkan pesaing terdekatnya Honda. Sehingga Yamaha berjaya memberi kesan kepada penjualan jenis Honda. (Modenas dah kemana?)

Jadi kesimpulannya adalah mengalahlah bila memang Anda yakin mampu meraih kemenangan jangka panjang. Jika kemenangan telah ditakdirkan bagi Anda, tidak ada satu pun musuh yang dapat menghalangi kemenangan Anda.

Marketing : Strategi Mengalah untuk Menang
للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Jadi Babi Untuk Mengalahkan Harimau. #KekalNajib Daeng Selili Rating: 5 Monday, 27 July 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!