Sunday, 12 July 2015

Gambar Terkini Dihadapan Low Yat



Semalam saudara Shamir yang dipukul teruk kerana merosakkan peralatan kedai semalam mengundang rasa tidak puas hati kerana pengurusan dan keselamatan Low Yat gagal dalam menenangkan dan mengawal situasi tersebut. 

Malam ini sekitar jam 7.30 malam ratusan orang memenuhi ruang legar plaza Low Yat menunjukkan bantahan terhadap perbuatan beberapa individu yang memukul Shamir secara beramai ramai.















Cerita semalam :

7 Lelaki Serang Lowyat | Menerusi MyMetro, dilaporkan tujuh lelaki telah menyerang dan merosakkan sebuah kedai telefon bimbit di tingkat bawah Plaza Low Yat, di sini, 7.50 malam tadi.

Dalam pada itu, sumber polis berkata, suspek memecahkan peralatan di dalam kedai itu selain turut memukul pekerja kedai berkenaan.

Katanya, kerugian dianggarkan lebih RM 70,000. “Kejadian berpunca daripada perasaan tidak puas hati apabila salah seorang rakan suspek ditahan pengawal keselamatan Plaza Lowyat kerana didakwa mencuri telefon bimbit di kedai itu sebelum diserahkan kepada polis.

“Kes disiasat mengikut Seksyen147/427 Kanun Keseksaan kerana merusuh,” katanya.
Sementara itu, insiden berkenaan turut ‘viral’ di media sosial selepas video dan gambar kejadian tersebar. sumber http://www.hmetro.com.my/node/63725#sthash.4Fa279yE.dpuf




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Gambar Terkini Dihadapan Low Yat Daeng Selili Rating: 5 Sunday, 12 July 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!