Friday, 10 July 2015

Dr. Nur Afifah Mati Kerja Lebih Masa? : Respon Kementerian Kesihatan! #Semasa



Innalillahi wa inna ilaihi roji’un!

Pada 8 Julai 2015 bersamaan 21 Ramadan 1436 Hijrah, kita telah dikejutkan dengan satu tragedi yang menyayatkan hati dengan kembalinya ke Rahmatullah Dr Nur Afifah Mohd Ghazi, seorang Pegawai Perubatan daripada Hospital Sungai Buloh.

Allahyarhamah telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya ketika dalam perjalanan pulang setelah bertugas ‘on-call’ pada hari sebelumnya.

Bagi pihak Kementerian Kesihatan, saya ingin menyampaikan salam takziah kepada keluarga Allahyarhamah dan mendoakan agar roh Allahyarhamah ditempatkan dengan para syuhada.

Pada pagi 9 Julai 2015, beberapa orang pegawai kanan dari Ibupejabat Kementerian Kesihatan Malaysia, Putrajaya dan Hospital Sungai Buloh telah berpeluang untuk menziarahi keluarga Allahyarhamah di rumah kediaman keluarganya di Taman Sri Putra, Sungai Buloh.

Daripada pertemuan dengan Mohd Hafizuddin Azman, suami kepada Allahyarhamah, memang tidak dinafikan Allahyarhamah bertugas ‘on-call’ bersama 5 orang rakan yang lain daripada Jabatan Anestisiologi.

Dimaklumkan Allahyarhamah tidak terus pulang pada keesokan harinya setelah ‘passing over’ jam 8.00 pagi kerana beliau telah pun mempunyai rancangan untuk bertemu seseorang bersama suaminya pada tengah hari tersebut.

Allahyarhamah hanya pulang sekitar jam 2.30 petang selepas selesai pertemuan yg dijanjikan. Sementara menunggu temujanji, beliau telah pun berehat di bilik ‘on-call’ yang disediakan.

Kementerian Kesihatan mengambil maklum isu-isu yang dipertengahkan di mana ianya telah dikaitkan dengan peristiwa malang ini.

Sememangnya tugasan seorang Pegawai Perubatan memang berat terutama apabila melaksanakan tugasan ‘on-call’ dan dalam kes ini, pihak pengurusan hospital telah pun berikhtiar memperbaiki keadaan persekitaran kerja dengan menjadualkan sehingga 6 orang Pegawai Perubatan daripada Jabatan Anestisiologi bertugas ‘on-call’ setiap hari. 

Tidak dinafikan kemalangan jalan raya mungkin terjadi disebabkan oleh keadaan seseorang yang kepenatan setelah melaksanakan tugasan yang berat, tetapi ianya boleh juga disebabkan faktor-faktor lain yang juga harus dipertimbangkan.

Walaubagaimapun, Kementerian Kesihatan mengambil maklum semua cadangan yang telah disarankan dan akan terus mengambil langkah-langkah penambahbaikan dari masa ke semasa.

Semua fakta perlulah diteliti terlebih dahulu sebelum sesuatu keputusan itu dilaksanakan.Innalillahi wa inna ilaihi roji’un


DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia
Kementerian Kesihatan Malaysia

DS - Pandangan aku Pihak Berkenaan bolehlah mengambil perhatian dalam perkara ini, walaubagaimanapun sikap melebih lebih dalam penceritaan juga tak wajar dikaitkan dengan "kerja" beliau. Apa yang arwah redha siapa tahu?!

Walaubagaimanapun DS doakan agar arwah ditempatkan dikalangan para syuhadah yang gugur syahid dalam perjalanan pulang dari medan perjuangan (tempat kerja)..Aminn...


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Dr. Nur Afifah Mati Kerja Lebih Masa? : Respon Kementerian Kesihatan! #Semasa Daeng Selili Rating: 5 Friday, 10 July 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!