Thursday, 9 July 2015

Deepika Padukone Wanita Tercantik Di India

PELAKON jelita semakin mencipta nama, Deepika Padukone, 27, memiliki segalanya. Namanya berada di carta teratas Bollywood apabila hampir keseluruhan filem terbaru lakonannya mencatat kutipan hampir RM100 juta.



Kehidupan mewah dan dinobatkan antara 10 wanita tercantik di India tentunya membuatkan Deepika dicemburui wanita. Bagaimanapun, dia belum menemui kebahagiaan dalam cinta. 

Sepanjang sembilan tahun dalam industri perfileman Bollywood, Deepika memang tidak dapat lari dengan kontroversi cinta dan lelaki. Malah seawal remaja dan bergelar model terkenal di India, dia sering dikaitkan memiliki ramai kekasih. 
Terbaru, Deepika dikatakan memutuskan hubungannya dengan aktor Ranveer Singh. 

Deepika cerewet pilih pasangan


HUBUNGAN cinta antara Deepika Padukone, 27, dengan aktor Ranveer ­Singh masih menjadi teka-teki tetapi mereka dikatakan kini sudah berpisah.

Pasangan ini dikatakan bercinta selepas beraksi bersama dalam filem Goliyon Ki Raasleela Ram-Leela tetapi dinafikan oleh Deepika dan kini sekali lagi menafikan memutuskan hubungannya dengan Ranveer.

Bagaimanapun, penafiannya itu gagal membohongi peminat apabila dalam program bual bicara dikendalikan pengarah terkenal Karan Johar, Koffee With Karan, dia seakan mengesahkan hubungannya dengan Ranveer sudah berakhir.

Tanpa menyatakan secara terperinci kisah cintanya dengan Ranveer, Deepika berkata, dalam melayari hidup ada peringkat dia mula mengenal erti cinta dan jatuh cinta. 

Bagaimanapun tidak semua percintaan berakhir dengan kebahagiaan. 

“Apabila saya berasakan benar-benar jatuh cinta, saya rasa hubu­ngan terjalin akan pergi jauh seperti pasangan lain. Namun apabila kita menjalani hidup sebagai kekasih, kita mula mengenali antara satu sama lain.

“Apa juga alasannya, saya secara peribadi berasakan kami dua manusia berbeza dan tidak serasi. Walaupun sudah mencuba ia tidak menjadi,” katanya.

Menjelaskan lebih lanjut apa yang dilalui dalam hubungan cintanya, Deepika berkata, dia tidak mahu menyatakan akan lebih berhati-hati selepas ini atas pengalaman pahit membabitkan soal putus cinta.

Bagaimanapun, Deepika me­ngakui sangat takut meletakkan sepenuh jiwa dan raganya dalam satu-satu perhubungan.

“Entahlah, saya sendiri tidak tahu bagaimana hendak menjalin hubungan secara kasual iaitu bercinta tetapi tidak komited antara satu sama lain. Saya tidak tahu bagaimana hendak mendepani situasi seperti itu kerana saya jenis manusia harus memastikan sesuatu perkara sebelum memberikan sebarang komitmen,” katanya.

Walaupun tidak menyatakan secara nyata hubungan cintanya dengan Ranveer, apabila ditanya siapa pasangan paling serasi di belakang layar antara yang pernah dikaitkan dengannya, aktor popular Ranbir Kapoor, Saif dan Ranveer, sepantas kilat dia menjawab Ranveer. Ia sekali gus seperti mengiyakan sememangnya mereka bercinta sebelum ini. Sewaktu Karen mendesak mengetahui punca cintanya dengan Ranbir tidak kesampaian, Deepika secara samar menjelaskan aktor itu curang.

Sepanjang sembilan tahun pembabitannya dalam industri perfileman Bollywood, Deepika tidak dapat lari dari kontroversi cinta dan lelaki. Malah seawal remaja dan bergelar model terkenal di India, dia dikaitkan memiliki ramai kekasih. 

Apabila berita mengenai hubungan cintanya dengan Ranveer putus, ramai membuat telahan Deepika sememangnya sangat cerewet memilih pasangan hidup. 

Namun bagi aktres jelita ini, soal cinta bukan perkara kecil dan untuk berkahwin dengan lelaki pilihan hati, mereka harus be­nar-­be­nar jujur dan menyaya­nginya. 

Pengalaman dengan bekas teman lelakinya sebelum ini banyak me­ngajarnya. Selagi tidak bertemu orang yang tepat, dia tidak akan terburu-buru mencari cinta. - hmetro

*Jangan ada orang Malaysia pasang niat nak culik orang india bawa sini buat isteri :))


للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Deepika Padukone Wanita Tercantik Di India Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 9 July 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!