Wednesday, 29 July 2015

Bukan Najib Penentu Timbalan Presiden Parti!

Sekalipun dipecat sebagai Timbalan Perdana Menteri semalam, Tan Sri Muhyiddin Yassin masih yakin Datuk Seri Najib Razak dan Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno tidak akan menggugurkannya daripada jawatan Timbalan Presiden parti.

“Tidak, saya tidak fikir kedudukan saya tergugat. Saya sudah lama dalam parti dan tugas dalam parti saya tidak akan abaikan,” katanya kepada pemberita di kediamannya, hari ini. Kedudukan Muhyiddin dalam Umno menjadi perhatian selepas Najib gugurkan beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri, dalam satu pengumuman mengejut Kabinet baharu, semalam.



Mengikut amalan tradisi dalam Umno, jawatan Timbalan Presiden adalah untuk Timbalan Perdana Menteri. Nasib Muhyiddin dijangka akan ditentukan pada mesyuarat MT Umno yang akan diadakan Jumaat ini.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, beliau akan hadir ke mesyuarat MT itu dan sedia untuk terus bekerjasama dengan Najib sebagai Presiden Umno.

“Saya tidak bimbang untuk hadir. Saya sudah lama (dalam parti) dan saya percaya mereka (MT) akan bersikap adil dan memberi peluang kepada saya di atas setiap pandangan. Saya tidak jangka ada sesuatu yang luar biasa (Jumaat ini),” katanya. -sumber




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Bukan Najib Penentu Timbalan Presiden Parti! Daeng Selili Rating: 5 Wednesday, 29 July 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!