Monday, 27 July 2015

Bomoh PRU14 Mula Menurun No?!

MENURUT firasat satu pihak, tindakan kerajaan (mengikut undang-undang) menggantung permit akhbar The Edge selama 3 bulan, tidak akan membantu dalam mengembalikan sokongan rakyat terhadap UMNO dan BN.

Selama menjadi penulis politik, tidaklah penulis tahu tentang kewujudan firasat dalam politik ni, bukan duduk dalam zaman Nujum Pak Belalang.

Untuk makluman, yang bercakap ini adalah pihak dalaman UMNO sendiri yang tidak ke depan bila Perdana Menteri diserang, hanya bermati-matian bila ketua puaknya jadi cemuhan dan dia sendiri tu jadi mangsa fitnahan (kot ada la pulak perkataan itu).

Dari cara dia bercakap, seolahnya kalau pembohongan demi pembohongan yang disebarkan The Edge berterusan, ia boleh mengembalikan sokongan rakyat terhadap UMNO. Yang dia tak tahu, makin jauh lagi adalah.

Apatah lagi jentera Pemuda UMNO yang sepatutnya mempertahankan institusi Presiden parti itu sendiri, tidak berfungsi seperti yang sepatutnya – lagilah cepat fitnah itu menjadi hadaman, maklum sajalah, takde yang nak melawan.

Memandangkan penggantungan The Edge ini adalah mengikut undang-undang, penulis minta pihak yang berkenaan agar diam, firasat firasat ni semua boleh simpan. Tak boleh selesai masalah tak apa, jangan jadi sebahagian dari masalah.

Hakikatnya undang-undang kita cukup adil.

Peluang The Edge untuk mendapat keadilan sekira berasakan tindakan kerajaan ini tidak wajar, tidak dinafikan. Orang yang berkenaan pun boleh menjadi peguam The Edge di Mahkamah kalau dia mahu, nak ikut firasat sangat kan? - sumber


Padahal ramai penyokong Kerajaan hari ini bersetuju dengan tindakkan keras yang selama ini dilihat lemah dan tidak berani mendakwa segelintir penyebar spekulasi dari media elektronik dan cetak. 

Yang terutamanya dari portal berita putar belit seperti Harakah, Keadilandaily, Roketkini, The EDGE, Malaysiakini, The Malaysian Insider, Free Malaysia Today dan berpuluh puluh lagi yang lain.

Bila tindakkan diambil, dipertikaikan?Dengan soalan soalan yang sepatutnya dibincangkan secara dalaman bukanya menempeliak dihadapan penyokong sendiri yang akhirnya mengecewakan dan merendahkan semangat para penyokong parti, Penangguhan pemilihan yang dibuat pada sebelum ini dilihat lebih kepada masa untuk memperbetulkan keadaan parti dan memperkuatkan sayap pemuda dan puteri yang dilihat hari ini tidak mendapat sokongan yang baik oleh rakyat Malaysia.

Adakah merenyukkan presiden parti itu satu tindakkan yang cukup memberi keberuntungan kepada parti?!

Pada aku lidah pembohong The Edge bertujuan mensabotaj ekonomi dan keharmonian negara ini dengan melariskan promosi jualan mereka.






للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Bomoh PRU14 Mula Menurun No?! Daeng Selili Rating: 5 Monday, 27 July 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!