Thursday, 9 July 2015

Bazar Ramadhan Antara Punca Membazir?! #Ramadhan #info

Pembaziran makanan sepanjang Ramadan dapat dilihat dengan kenaikan 25 peratus atau 3,000 tan sampah dibawa ke tapak pelupusan dalam sehari, berbanding 2,400 tan sampah pada hari biasa di kawasan Kuala Lumpur.

Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata jumlah sampah itu tidak termasuk sampah-sampah dari rangkaian perhotelan yang juga terkenal dengan pelbagai hidangan buffet Ramadan.

Katanya, daripada 167 lokasi bazar Ramadan, 108 lokasi di Kuala Lumpur diserahkan kepada Alam Flora bagi tujuan menguruskan kerja pembersihan.


“Anggaran sampah dikutip di semua lokasi bazar Ramadan adalah 140 tan setiap hari sebelum dibawa ke tapak pelupusan sampah,” katanya pada majlis berbuka puasa bersama warga kementeriannya, di sini, hari ini.

Melihat situasi itu, Abdul Rahman menasihatkan rakyat untuk membelanjakan makanan mengikut keperluan serta memastikan sampah diasing dan diuruskan dengan lebih baik.

Mengulas mengenai aktiviti kawalan denggi, beliau berkata pihak berkuasa tempatan (PBT) diminta mengguna pakai peruntukan di bawah Akta Pemusnahan Serangga Pembawa Penyakit 1975 (Akta 154) atau Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171) untuk sebarang penguatkuasaan. - Bernama




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Bazar Ramadhan Antara Punca Membazir?! #Ramadhan #info Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 9 July 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!