Thursday, 9 July 2015

Bayar RM20,000 Untuk Jadi Pelacur?! #Jenayah

Perlu bayar RM20,000 untuk mendapatkan sijil kontrak dan lesen menjadi pelacur lelaki bertauliah. Itu antara taktik digunakan sindiket untuk memperdaya ramai penuntut lelaki institusi pengajian tempatan.


Kebanyakan mangsa dijanjikan bayaran lumayan semahal RM4,000 bagi setiap pelanggan wanita yang disediakan sindiket.

Bagaimanapun setiap lelaki yang mahukan jawatan itu perlu membayar yuran khas diminta sindiket sebelum mereka diperkenalkan kepada wanita kaya berstatus janda ataupun datin.

Bayaran dikenakan itu didakwa digunakan untuk kos insurans, duti setem, guaman dan yuran pentadbiran sebelum mangsa dibenarkan untuk mendapatkan pelanggan.

Seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Jia, 21, berkata, dia tertarik menghubungi agensi itu selepas melihat iklan di laman web.

Dia dijanjikan pendapatan lumayan dengan hanya perlu tidur bersama pelanggan wanita. - sumber


MANGSA (kiri) membuat aduan di Biro Pengaduan Awam MCA selepas ditipu sindiket.

Zaman serba canggih lagi terbalik, kalau dahulu manusia malang ramai dipaksa jadi pelacur tetapi hari ini nak jadi pelacur kena bayar sejumlah wang?! 

Sah rakyat Malaysia semakin tidak sihat minda dan rohaninya, walaupun yang pengadu tersebut mungkin bukan beragama Islam.- DS

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Bayar RM20,000 Untuk Jadi Pelacur?! #Jenayah Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 9 July 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!