Thursday, 4 June 2015

Siapa Jho Low? : Husni Hanadzlah Tak Mahu Jawap?!

Umum tertanya-tanya, siapakah Jho Low dan apakah peranan yang di mainkan beliau di dalam urusan 1MDB. Adakah beliau berperanan penting selaku juru urus pelaburan 1MDB atau hanya mengambil kesempatan secara tidak sedar setiap pelaburan yang di lakukan oleh 1MDB.

Jho low merupakan penasihat Lembaga Pelaburan Terengganu pada 2008 ketika itu di era pentdabiran Tun Abdullah Ahmad Badawi. Jho low ialah anak kepada Datuk Low, pemilik MWE Berhad yang terlibat dalam sektor kontraktor engineering. Beliau adalah lepasan pelajar Universiti Amerika Syarikat dan berkawan baik dengan keluarga Di Raja Jordan dan beberapa Negara Arab yang mana hubungan ini terjalin sewaktu mereka belajar di universiti yang sama.

Pada usia 20 tahun, Jho Low telah memiliki sebuah syarikat pelaburan bernilai USD $25 juta dan mempunyai rangkaian perniagaan berasaskan pelaburan yang agak kuat dan berpengaruh di Timur Tengah. Di atas faktor ini, Jho Low mendapatkan jawatan sebagai penasihat Lembaga Pelaburan Terengganu.

Reputasi yang di miliki beliau membolehkan beliau mengembangkan kerjaya beliau ke Eropah dan Amerika Syarikat. Beliau memeliki beberapa syarikat yang berpengkalan di Eropah dan Amerika Syarikat dimana beliau juga mempunyai sebuah syarikat yang menguruskan sebarang pelaburan kedalam mana-mana sektor seperti yang di minta oleh pelanggan.

Dalam konteks 1MDB, Kerajaan memandang kebolehan beliau untuk mencari IPO yang berpotensi untuk di laburkan menerusi 1MDB. Jadi atas dasar mengutamakan anak tempatan yang berkebolehan, beliau di lantik selaku pengurus pelaburan atau dalam kata mudahnya broker investment di luar pesisir.


Apa yang di mainkan oleh pihak pembangkang mengatakan Jho Low berpoya-poya dengan kemewahan yang di perolehi menerusi dana 1MDB jelas tidak berasas.

Selaku Broke Investment sudah semestinya pendapatan beliau akan di jana menerusi komisyen pada setiap usaha kerjanya. Jadi jelas di sini, segala perbelanjaan yang di lakukannya bukan di taja oleh kerajaan dan hasil penyelewengan dana dari 1MDB.


*Fakta dari pembangkang semua tahi...Tony Pua pembohong besar kantui selamber je semalam..kah kah kah..



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Siapa Jho Low? : Husni Hanadzlah Tak Mahu Jawap?! Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 4 June 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!