Monday, 1 June 2015

Saya Tentang Malaysia Laksana Hudud - Nik Abduh Nik Aziz #hudud

Sekiranya kerajaan mahu melaksanakan hudud di Malaysia dalam masa terdekat, Nik Abduh Nik Aziz menjadi orang pertama tidak bersetuju.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu memberitahu, sekiranya secara tiba-tiba Perdana Menteri mahu berbuat demikian, ia bukan masa sesuai.

"Jika di Parlimen, YAB Pekan kata mahu laksanakan hudud di Malaysia pada tahun 2016, saya orang pertama bangun menentang," ujarnya pada Forum Israk Mikraj Menyingkap Keadilan Perundangan Islam di Masjid Al Azim, Pandan Indah malam tadi.

Menurut anak Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat itu, PM tidak wajar melaksanakan hudud kerana masih banyak soal maqasid syariah, masalah sosial dan ekonomi umat Islam yang perlu diselesaikan.

"Bagaimanapun, kalau nak laksanakan hudud di Kelantan, iya saya setuju kerana sudah 25 tahun bersedia ke arah perlaksanaan hukum hudud. Sepanjang pentadbiran Tok Guru (Nik Aziz) Kelantan sudah buat banyak persediaan dan beri Kelantan peluang melaksanakannya kerana ia amanah daripada rakyat kepada Kelantan walaupun ketika demokrasi cacat sekali pun," ujarnya.

Menurutnya, Kelantan sudah banyak kali mencuba membentangkan enakmen syariah tetapi gagal tetapi kali ini Dewan Undangan Negeri meluluskannya. Jadi, katanya, beri peluang kepada Kelantan melaksanakannya.

"Ini tidak, kecoh macam Malaysia hendak melaksanakan hudud. Hudud ni di Kelantan sahaja kerana kami sudah bersedia," katanya sambil menekankan selain kefahaman tentang agama perlaksanaan hukum Allah juga memerlukan kuasa pemerintahan untuk berbuat demikian.



Jika Nik Abduh dakwa Hudud tidak sesuai di Malaysia kenapa sebelum ini dalam ceramah PAS khususnya dakwa UMNO tolak Islam?!

Didalam komen komen dilaman facebook ramai yang menyalahkan kerajaan kerana tidak melaksanakan hudud, hari ini Nik Abduh menjawab dengan jelas bahawa Hudud hanyalah sandirwara dan sebagai nyanyian setiap kali PRU seperti mana yang sebelum ini jelas PAS pernah melabelkan orang UMNO kafir kerana tidak melaksanakan Hudud.

Dari dulu lagi ramai penyokong PAS termakan doktrin oleh pemimpin PAS yang semberono menyalahkan UMNO berkenaan hudud tetapi hari ini konflik kerjasama antara PAS dan DAP jelas menunjukkan Hudud adalah alat menanam kebencian tetapi pelaksanaannya tidak pernah dicitakan oleh PAS sendiri. Pemimpin PAS munafik pembohong kepada para penyokongnya sendiri.

Sebab nak menghadapi PRN Sarawak hingga sanggup pusing ke DAP ya?!

Allahuakbar!!! Allahuakbar!!! Allahuakbar!!!

للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Saya Tentang Malaysia Laksana Hudud - Nik Abduh Nik Aziz #hudud Daeng Selili Rating: 5 Monday, 1 June 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!