Monday, 15 June 2015

Marah Mahathir Pada Najib Bukan Ibarat Teguran "Ayah Anak" #KekalNajib

Terlalu banyak yang ingin di perkatakan tentang serangan bertali arus Tun Dr Mahathir Mohamed terhadap kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak.

Serangan beliau jika di lihat seolah-olah campur tangan di dalam urusan pentadbiran negara sedangkan umum mengetahui, zaman pentadbiran beliau sudah lama berlalu.

Apakah sebenarnya yang di ingini Tun M? Adakah terdapat agenda tersembunyi yang di perjuangkan beliau terhadap kepimpinan Negara kini?

Jika di lihat kepada tindak tanduk Tun sejak hampir setahun ini, persoalan berkenaan ada kebenarannya. Sewaktu di awal serangan Tun M terhadap kepimpinan Najib, beliau membangkitkan kemana tuju wang sebanyak RM 42 billion yang di laburkan oleh 1MDB.

Malah beliau juga begitu berani mempersoalkan siapa yang mengarahkan pembunuhan model sambilan dari Monggolia, Altantuya Shaaribu. Dalam menyentuh konteks 1MDB, persoalan berkenaan telah di jawab lebih awal oleh Najib melalui pelbagai forum yang di hadiri beliau.

Begitu juga berkenaan pembunuhan model berkenaan. Ianya jelas dalam bidang kuasa Mahkamah.Adakah keengganan Najib melayan tuntutan bagi membiayai dan menyelamatkan Proton menjadi sebab utama?

Di manakah kewajaran Najib mahu menyambung semula pembinaan Jambatan Bengkok bagi menggantikan Tambak Johor yang ada kini?

Jika di lihat modus operandi yang di lakukan Tun M sewaktu melancarkan serangan terhadap kepimpinan Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini, beliau menggunakan apa sahaja medium untuk menjatuhkan kredibiliti Tun Abdullah sehingga mendorong Tun Abdullah meletakkan jawatan.

Beliau juga merestui perlantikan Najib selaku pengganti Tun dan semua ini menunjukkan penghormatan tertinggi terhadap beliau oleh barisan kepimpinan negara.

Kali ini, corak serangan Tun hampir sama sewaktu menjatuhkan Tun Abdullah. Beliau menggunakan apa sahaja untuk menyerang Najib termasuk menyentuh hal peribadi. Ini jelas bukan satu politik yang matang demi memperjuangkan nafsu politik beliau.

Isu berkaitan Proton sebenarnya bukan perkara baru. Sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri, sebegitu banyak peruntukkan di salurkan ke Proton malah beliau berjaya membina Kilang Proton di Tanjung Malim kononnya demi mempercepatkan permintaan pelanggan terhadap Proton.

Begitu juga dengan Jambatan Bengkok. Isu ini sebenarnya membabitkan kedaulatan 2 buah negara yang berjiran. Andai Malaysia membina jambatan ini bagaimana dengan pihak Singapura? Adakah mereka bersetuju dengan pembinaan ini dan bagaimana pula tentang kosnya?

Dalam hal ini, Tun Dr Mahathir Mohamed harus lebih rasional dalam beberapa tuntutan dan agenda peribadi beliau. Tindakan beliau kini seolah-olah menjadi gunting di dalam lipatan bagi kepimpinan Datuk Seri Najib kini.

Zaman beliau jelas sudah berlalu. Laungan berulang kali beliau mengatakan beliau menyayangi UMNO dan Malaysia harus di buktikan terlebih dahulu berbanding mengutamakan kepentingan peribadi beliau yang tidak penah putus.

–  sumber

*Mana ada ahli keluarga tuduh anak beranak bunuh orang..




للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Marah Mahathir Pada Najib Bukan Ibarat Teguran "Ayah Anak" #KekalNajib Daeng Selili Rating: 5 Monday, 15 June 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!