Saturday, 6 June 2015

Gambar Sekitar Kejadian Gempa Bumi Sabah #Pray4Sabah #Prayforsabah

Dikongsikan kepada pembaca beberapa keping gambar yang didakwa mangsa kejadian gempa bumi di Gunung Kinabalu, Sabah.


Sembilan lagi mayat ditemui di Gunung Kinabalu menjadikan jumlah mangsa gempa bumi melanda Sabah semalam seramai 11 orang, kata Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun menerusi akaun Twitternya.

Sementara itu, 8 individu yang dipercayai terkandas dan terperangkap di Gunung Kinabalu sejak semalam masih belum ditemui.

Terdahulu, dua disahkan maut, termasuk seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dari Singapura, kata Ketua Polis Daerah Ranau OCPD Mohd Farhan Lee Abdullah.

Katanya, mangsa dikenali sebagai Wee Ying Ping Peony, murid Tanjong Katong Primary School, dan seorang malim gunung, atau jurupandu, dikenali sebagai Robi Sapinggi, 30, dari Kota Belud. 

“17 lagi pendaki masih belum ditemui, terdiri daripada 14 pendaki dan 3 malim gunung,” katanya kepada pemberita di Pusat Media di Ranau hari ini.

Terdahulu hari ini, Bernama melaporkan, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Datuk Seri Masidi Manjun melalui laman Twitter mengumumkan, terdapat kematian di Gunung Kinabalu selepas gempa bumi bermagnitud 5.9 pada skala Richter menggegarkan beberapa kawasan di Sabah, pagi Jumaat.

Menurut agensi berita itu, 2 mayat dibawa turun ke Pondok Timpohon di tapak pendakian Gunung Kinabalu, iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara, kira-kira 8.30 malam semalam.

Semua 17 yang hilang dipercayai berada di kawasan antara kilometer 7.5 hingga kilometer 6.5 di Gunung Kinabalu.

Daripada jumlah itu, 3 pendaki merupakan warganegara Malaysia, sementara yang lain masing-masing warganegara Filipina, Jepun dan China, manakala baki 8 lagi pendaki merupakan warga Singapura. Semua 3 malim gunung ialah warganegara Malaysia.

Menurut laman web Pusat Seismologi Eropah Meditarrenean awal pagi semalam, gempa bumi sedalam 40km itu berpusat di 14km utara Ranau, 67km timur Kota Kinabalu dan 229km timur laut Bandar Seri Begawan, Brunei.

Laporan awal Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan ia berlaku pada 7.17 pagi semalam.

Selain Kota Kinabalu, gegaran turut dirasakan di bahagian utara daerah Kudat dan Kota Marudu, malah di daerah sejauh Beaufort di selatan Sabah.

Gempa susulan dirasai malam tadi pada jam 9.10 berukuran 4.3 magnitud, menurut laporan berita, dan sekali lagi pada 11.13 dan 11.32 malam, menurut laman Facebook Jabatan Meteorologi Malaysia.

Menurutnya, kedua-dua gempa susulan terakhir itu lebih kecil, berukuran 4.3 dan 2.8 pada skala Richter.


Ini antara kejadian yang cukup mengemparkan masyarakat dunia terutama Malaysia sendiri kerana kita sedia maklum Malaysia dari struktur mukabuminya bebas dari lingkaran api pasifik kini perlu dibuat kajian semula akan teori tersebut.

Tiada amaran dikeluarkan pada hari tersebut.

Satu gempa bumi berkategori “sederhana” iaitu berukuran 6.0 pada Skala Richter telah berlaku dan dikesan berpusat di 6.1 utara, 116.6 timur, kira-kira 19 kilometer di barat daya Ranau demikian laporan earthquaketrack

Gempa bumi sederhana berskala 6.0 Ritcher itu dilaporkan berlaku kira-kira jam 7.15 pagi Jumaat 5 Jun 2015 dan tiada amaran Tsunami dikeluarkan berikutan pusat gempa bumi tersebut adalah di darat

Gempa bumi berkenaan dikesan di kedalaman 54 kilometer di bawah tanah itu dirasai di sekitar Ranau, Tambunan, kawasan pedalaman dan pantai barat termasuk Tuaran, Kota Kinabalu, Beaufort dan Kota Belud

BERITA GEGARAN GEMPA BUMI DI RANAU SABAH 5 JUN 2015

Dari laporan awal yang diterima, impak gegaran itu tidak mendatangkan sebarang kecederaan namun berlaku kerosakan agak serius di kawasan yang terbabit dengan gegaran

Turut dimaklumkan, ramai pendaki terkandas di puncak Gunung Kinabalu selain ada yang tercedera susulan daripada gempa bumi itu

Difahamkan, pasukan penyelamat telah bergegas ke lokasi kejadian untuk membawa turun kesemua mangsa terutama yang mengalami kecederaan

Dalam pada itu, orang ramai yang berada di lokasi gegaran turut berkongsi pengalaman mereka merasai gegaran tersebut di laman sosial dengan kebanyakan menceritakan bahawa diri mereka merasa bergegar beberapa saat


GAMBAR KESAN DARIPADA GEGARAN GEMPA BUMI




Sementara itu, gegaran yang kuat dirasai oleh penduduk sekitar Marudu, Beaufort dan Kota Belud sehingga menyebabkan kerosakan agak serius seperti keretakan pada struktur tiang dan dinding batu kediaman mereka

Terdapat juga beberapa premis perniagaan di kawasan yang terlibat gempa mengalami kerosakan kecil selain barang-barang yang diletakkan di atas rak jatuh bertaburan serta cermin pecah impak daripada gegaran gempa berkenaan

LAPORAN RASMI DARI JABATAN METEOROLOGI MALAYSIA 5.6.2015

Menurut laporan Jabatan Meteorologi Malaysia di portal rasmi www.met.gov.my melaporkan gempa bumi sederhana tersebut adalah berukuran 5.9 pada Skala Richter


Pusat gempa itu dikesan di 6.1 darjah utara dan 116.6 darjah timur, 16 kilometer barat laut dari Ranau yang turut dirasai di Tambunan, Pedalaman, Tuaran, Kota Kinabalu dan Kota Belud

TIDAK AKAN BERLAKU TSUNAMI

Orang ramai dinasihatkan tidak mempercayai sebaran maklumat di laman sosial yang mendakwa akan berlaku Tsunami susulan gempa bumi yang berlaku

Sebaran maklumat yang tidak sahih boleh mencetuskan kebimbangan terutamanya penduduk di kawasan kejadian. Sebarang maklumat, berita terkini boleh didapati di media perdana (rasmi) atau melayari portal dan Facebook rasmi Jabatan Meteorologi Malaysia

Pautan sumber


Ada Portal asing mengambarkan Malaysia tidak menghulurkan bantuan ke sana dengan secepat mungkin sedangkan pihak pasukan penyelamat dan keselamatan bertungkus lumus membantu mangsa yang terperangkap dan operasi mencari mangsa








للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Gambar Sekitar Kejadian Gempa Bumi Sabah #Pray4Sabah #Prayforsabah Daeng Selili Rating: 5 Saturday, 6 June 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!