Thursday, 18 June 2015

Ayam Percik Menu Bebuka Paling Laris

Ayam percik memang tidak ketinggalan ketika bulan ramadan. Ia lazimnya menjadi pilihan pelbagai golongan umur, baik kanak-kanak, wanita mahupun lelaki.


Rasanya yang pedas, diperab dengan rempah dan dibakar, sambil dicecah dengan sos memang terbaik! Jom lihat antara ayam percik yang terdapat di bazar..Atau cuba masak sendiri..Tak kena GST :p

RESEPI AYAM PERCIK :

Bahan-bahan (kuah percik) 4-5 orang
  • 9 ulas bawang merah (dikisar)
  • 1 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1/2 inci halia (dikisar)
  • 4 sudu besar cili kisar
  • 400 ml santan pekat
  • 1 sudu kecil halba (fenugreek seeds)
  • 3 batang serai (diketuk)
  • Sedikit belacan
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 1/2 cawan air
  • Minyak masak untuk menumis

Bahan-bahan (perap ayam)

  • 1/2 ekor ayam
  • 4 ulas bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 batang serai
  • 1/2 sudu besar ketumbar
  • 1/2 sudu besar jintan putih

Cara-cara :
Kisar bahan-bahan untuk memerap ayam. Perap ayam selama 30 minit. Kemudian bakar ayam sehingga masak. Untuk kuah, tumis bahan-bahan yang telah dikisar sehingga naik bau. Masukkan cili kisar. Kacau sekata, kemudian masukkan air. Masukkan santan, halba, belacan dan serai. Kacau hingga sekata.
Masukkan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah menjadi pekat (30-40 minit). Bila siap, curahkan kuah ke atas ayam yang telah dibakar.



للاكي براني موڠكين اكن كاله تتاڤي تيدق اكن مڠاله.
Ayam Percik Menu Bebuka Paling Laris Daeng Selili Rating: 5 Thursday, 18 June 2015
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ping!